"Kenapa tiba-tiba kamu tanya soalan begitu?" Huo Mian merasakan soalan Qin Chu sedikit pelik.
"Tak ada apa-apa. Tiba-tiba saya terfikir tentangnya."
"Dah tentu saya tak akan kecewa, sebab kamu tak akan kalah dengan Su Yu, okey?"
"Kamu yakin dengan saya?" Qin Chu ketawa.
"Mestilah. Kamu suami Huo Mian. Jadi, kamu pasti kebal."
Qin Chu menghulurkan tangan dan menyentuh wajah Huo Mian dengan penuh manja, seolah-olah dia tidak akan pernah puas menyentuhnya.
Selepas mereka duduk di bar untuk seketika, Huo Mian berasa penat…
Huo Mian mencadangkan agar mereka kembali ke bilik masing-masing dan semua orang bersetuju…
Dalam perjalanan, Zhu Lingling tiba-tiba bertanya, "Adakah kamu mengandung? Kamu sangat suka tidur."
Qin Chu dan Gao Ran terkaku apabila mendengar soalan tersebut dan mereka berdua memandang Huo Mian.
"Ehem… saya baru lepas datang bulan, okey?"
"Oh, okey…"