Kemudian, Qin Chu menambah, "Kamu dah tahu apabila Zhou mengambil keputusan untuk saman kamu di mahkamah, kamu tak akan terlepas mudah dengan sekadar membayar denda atau ditahan dalam masa yang pendek. Mereka nak masukkan kamu ke penjara dan mereka akan lakukan apa saja supaya perkara itu berlaku. Mereka tak akan berputus asa kecuali kamu dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya sepuluh tahun."
Huo Mian menggigit bibirnya tetapi tidak berkata apa-apa.
Benar kata Qin Chu yang dia tahu bahawa Zhou mengambil tindakan drastik kali ini dan tidak akan melepaskan dia dengan mudah. Jika mereka tahu peguam biasa yang membela Huo Mian, dia sudah pasti akan kalah kes ini.
Keluarga Zhou berani untuk menyaman Huo Mian bermaksud mereka tahu yang mereka akan menang.
Bagaimana Huo Mian masih boleh memikirkan tentang reputasi GK berbanding masa depannya?
"Tapi, kita tak boleh guna peguam GK." Huo Mian masih tidak mahu mengheret Qin Chu dan GK dalam masalahnya.