"Kenapa?"
"Saya cuma nak tahu kalau saya boleh tunaikan."
"Kamu jin ke? Saya perlu gosok lampu atau sesuatu seperti itu? Kenapa kamu rasa kamu boleh tunaikan hajat orang lain?"
"Jangan pandang rendah pada saya. Nama keluarga saya 'Su'," kata Su Yu dengan bongkak.
Dia tidak menipu. Dengan nama keluarganya, dia sebenarnya mampu melakukan apa sahaja di Bandar C.
"Adakah kamu akan mati kalau kamu tak berlagak selama sehari?"
"Kamu orang pertama yang cakap begitu. Cepat beritahu. Apa hajat kamu?"
"Boleh kamu cetak muka saya di atas duit?"
"…"
"Boleh kamu gantung gambar saya bersama Pengerusi Mao di Dataran Tiananmen?"
Su Yu tergamam.
"..."
"Boleh kamu suruh pemain bola, Aubameyang, untuk senyum dekat saya dengan menampakkan kesemua lapan gigi?"
"…"