"Semalam Ayah diserang sakit jantung lagi dan sekarang dia berada di bilik VIP di Hospital Pertama. Boleh kamu lawat dia? Dia nak jumpa kamu."
"Saya tak ada masa." Huo Mian segera mematikan talian selepas menjawab.
Kenapa dia perlu peduli jika Huo Zhenghai sakit? Bukankah dia mempunyai ramai anak yang setia dengannya? Ada Huo Siqian, Huo Siyi dan Huo Yanyan.
Huo Mian seakan-akan meminta dirinya dihina jika dia ke sana. Lagipun, Huo Zhenghai tak pernah ambil kisah akan kewujudannya. Kenapa dia perlu ke sana untuk dimalukan?
Lagipun, identiti keluarga jenis apa yang akan dia gunakan jika dia pergi melawat? Merepek.
Setelah talian dimatikan, Huo Mian terus pulang ke rumah ibunya dan membawa sedikit buah, sayur serta daging lembu.
Apabila dia sampai dan memasuki laman rumah, Yang Meirong sedang bermain mahjung bersama-sama beberapa orang jiran dan mereka kelihatan gembira.
"Kamu dah balik, Mian," mereka menegurnya sambil tersenyum.