"Saya perlu jumpa klien di Jalan Cincin Selatan."
"Oh, saya faham." Huo Mian memutuskan panggilan dan kembali menumpukan perhatiannya pada pemanduan.
Qin Chu tidak meninggalkannya sehingga dia nampak Huo Mian memandu masuk ke Pusat Pemulihan Bahagian Selatan dengan selamat.
Sebenarnya, dia tidak berjumpa dengan klien. Ini merupakan hari pertama Huo Mian memandu dan Qin Chu berasa bimbang. Itu sahaja.
Huo Mian pada asalnya berasa bimbang jika dia menjadi buah mulut kerana memandu ke tempat kerja memandangkan dia hanya seorang jururawat. Namun, tanggapannya berubah sebaik sahaja dia tiba di Bahagian Selatan.
Semua jururawat lain memandu kereta mewah – BMW, Land Rover, Mercedes Benz GLK… Volkswagennya kelihatan buruk dibandingkan dengan kereta lain.
Kenapa jururawat begitu mewah? Jawapannya jelas – kebanyakan jururawat di sini muda dan cantik.