Suami itu kelihatan agak malu dan menyumpah seranah, "Berhenti mengarut. Apa apa pun, berambus dari sini dan jangan ugut isteri saya lagi. Isteri saya mengalami kesan sampingan yang teruk sekarang dan tiada sesiapa antara kamu yang akan terlepas daripada bertanggungjawab."
"Jadi, kamu mahu besar-besarkan hal ini? Kamu nekad untuk memeras ugut beberapa juta yuan daripada hospital ini?" Huo Mian mendesak dengan dingin.
"Betul. Kami akan besar-besarkan hal ini sehingga seluruh bandar ini tahu."
"Baik, tapi jangan menyesal."
"Dah tentu kami tak akan menyesal. Ugutan kamu tak berkesan untuk kami. Kami tak takut pada kamu. Kamu hanya jururawat yang masih dalam latihan. Berhenti berlagak hebat dan berkuasa. Hmph, saya akan menentang kamu bermati-matian."
"Okey, saya menunggu." Huo Mian mengetap bibirnya dan berlalu pergi.