ดาวน์โหลดแอป
4.48% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 57: Perkahwinan Rahsia

บท 57: Perkahwinan Rahsia

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Buat seketika, Huo Mian menyangka Qin Chu yang berjalan keluar dari bilik itu. Namun, ia sebenarnya Doktor Liu daripada Jabatan Pembedahan Neuro hospital itu.

"Doktor Liu, bagaimana adik saya?"

"Pembedahan itu berjalan lancar dan sangat berjaya."

Mendengarkan kata-katanya, Huo Mian menghela nafas lega seakan-akan satu bebanan besar sudah dialihkan daripada bahunya.

"Adik kamu sangat bertuah. Ketulan darah beku itu berada di kawasan yang sangat sensitif di otaknya. Dalam negara kita, tidak pernah ada pembedahan jenis ini yang pernah berjaya sebelum ini. Kebolehan pembedahan Doktor Qin sangat cemerlang. Dengan dia sebagai ketua doktor bedah, kadar kejayaan meningkat naik dengan mendadak." Kekaguman pada suara Doktor Liu jelas kedengaran.

Huo Mian membalas dengan senyuman. Semua orang memuji Qin Chu. Jadi, ia jelas kelihatan bahawa dia memainkan peranan penting dalam pembedahan itu.

"Di mana adik saya?"

"Dia di bawa ke bilik VIP oleh salah seorang pembantu pembedahan dan akan sedar dalam masa 12 jam. Jangan terlampau bimbang.

"Baiklah. Terima kasih untuk semua kerja keras kamu, Doktor Liu."

"Tidak ada masalah. Tidak begitu banyak kerja untuk kami tadi memandangkan kami cuma membantu Doktor Qin. Dia hero yang sebenar. Tapi, dia tidak kelihatan begitu baik dan sedang berehat di ruang istirehat sekarang."

Selepas itu, Doktor Liu dan beberapa doktor serta jururawat lain meninggalkan bilik bedah itu, seorang demi seorang.

Apabila dia perasan bahawa Qin Chu tidak keluar, Huo Mian menolak pintu masuk bilik bedah dan berjalan masuk ke dalam.

Pembedahan itu telah berakhir. Ruang istirehat di sebelah bilik bedah itu merupakan tempat untuk ketua doktor bedah berehat.

Apabila Huo Mian masuk ke dalam ruang istirehat itu, dia terlihat Qin Chu yang kepenatan sedang duduk di atas sofa.

Apa yang Huo Mian tidak tahu adalah Qin Chu baru sahaja pulang ke bandar itu pada malam sebelum pembedahan ini.

Sebelum pembedahan itu, dia baru sahaja menghadiri mesyuarat sepanjang malam. Dengan penglibatan GK di dalam beberapa industri, syarikat itu sangat sibuk – 366 hari setahun, lapan hari seminggu dan 25 jam sehari.

Walaupun bapa Qin Chu, Qin Yumin merupakan pengerusi bagi lembaga syarikat itu, jantungnya dalam keadaan lemah dan dia menderita masalah tekanan darah tinggi. Akibatnya, dia sudah pun memulakan persaraannya. Selain daripada projek yang berisiko tinggi dan bernilai bilion yuan, dia meninggalkan semua urusan kepada Qin Chu.

Walaupun Qin Chu benci akan statusnya sebagai Presiden GK, dia sudah membuat perjanjian dengan bapanya bertahun-tahun yang lalu. Dia akan mencuba yang terbaik untuk menunaikannya.

Dengan beban kerja yang begitu besar, malam tanpa tidur dan tenaga yang semakin lemah, sudah menjadi lumrah sekiranya dia berasa lemah longlai.

Mungkin antara sebab utamanya ialah kerana dia belum makan sepanjang hari.

Perutnya mula menunjukkan protes…

Pembedahan otak menggunakan masa dan tenaga yang sangat banyak kerana mereka memerlukan perhatian penuh daripada doktor bedah. Satu langkah yang salah boleh menyebabkan pesakit akan diragut maut atau menderita kesan pembedahan untuk jangka masa yang panjang.

Tambahan lagi, pesakit itu merupakan adik Huo Mian. Qin Chu jelas mencuba yang terbaik.

"Sini, minum air sedikit. Kamu tidak kelihatan baik." Huo Mian mengisi cawan pakai buang dengan air suam dan menghulurkannya pada Qin Chu.

Qin Chu mengangkat kepalanya dan memandang Huo Mian. Dia kekal diam semasa mengambil cawan berisi air itu.

"Terima kasih untuk hari ini. Sangat-sangat." Huo Mian menzahirkan penghargaannya dengan ikhlas.

Sambil memegang cawan berisi air suam itu, Qin Chu membalas perlahan-lahan, "Kita sudah berkahwin. Kamu tidak perlu begitu sopan."

"…" Huo Mian kehilangan kata-kata buat seketika. Jika Qin Chu tidak mengingatkannya, dia sudah lupa bahawa hari ini merupakan hari mereka menerima sijil pernikahan mereka.

"Qin Chu."

"Hmm?"

"Bolehkah kamu tidak beritahu sesiapa mengenai perkahwinan kita?"

"Kenapa tidak?"

"Kita bukan berasal dari dunia yang sama. Kamu…?"

"Jadi apa yang kamu cuba katakan ialah status saya sebagai Presiden GK akan memalukan kamu?" Qin Chu berkata dengan dingin sambil meletakkan air yang tidak disentuhnya.

"Bukan. Bukan itu maksud saya. Saya cuma tidak mahu perkara ini diketahui media. Emak saya akan menontonnya dan dia mempunyai salah faham yang besar tentang kamu."

"Jadi, kita perlu sorokkan pernikahan kita untuk seumur hidup?" Qin Chu jelas kelihatan tidak mahu berbuat demikian. Siapa yang mahu menyembunyikan perkahwinan mereka? Malahan, dia tidak sabar untuk memberitahu kepada dunia yang dia dan Huo Mian merupakan pasangan suami isteri.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C57
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ