Meng Hao membuka matanya. "Berikan biji benih Baluarti Berduri itu pada aku!"
Cahaya aneh berpancar di matanya, seolah-olah matanya mengandungi Masa. Cahaya itu beransur-ansur bertukar menjadi satu kuasa yang tidak dapat diperikan, seperti satu teknik ajaib yang membuatkan sesiapa sahaja tidak boleh melupakan Meng Hao.
Hati Hanxue Shan melonjak. Dia pernah melihat renungan itu dalam hidupnya sebelum ini di wajah Bapa Pemisahan Roh sewaktu dia sedar. Mata lelaki itu memancarkan satu perasaan yang sukar difahami, seolah-olah matanya mengandungi Masa. Satu renungan daripadanya membuatkan Hanxue Shan tidak boleh melupakan Bapa Pemisahan Roh selama bertahun-tahun.
Semasa Hanxue Shan bertafakur, dia seperti kehilangan kebolehannya untuk menahan Meng Hao. Secara tidak sedar, dia menghulurkan tangannya ke hadapan dan memberikan relik suci Puaknya, iaitu biji benih Baluarti Berduri itu kepada lelaki tersebut.