Tenaga rohani tanpa batasan mencurah-curah ke dalam asas Pertapaan Meng Hao. Jauh di dalam, tiang Tao keduanya perlahan-lahan mengukuh.
"Jika tenaga rohani tidak berterusan bocor, aku sudah pasti dapat membentuk Tiang Tao kedua bila-bila masa sahaja!" keluh Meng Hao.
Beberapa hari kemudian, dia membuka matanya yang bersinar. Dia tidak tahu dia penyebab kekecohan yang tercetus di dunia luar dengan melangkah keluar dari matriks ketiga pada waktu yang sama dengan Wang Lihai dan Song Jia.
Beberapa orang beranggapan Meng Hao merupakan yang Terpilih daripada mana-mana Sekta. Namun, mereka tiada cara untuk mengesahkannya. Maka khabar tentangnya hanya dipenuhi tekaan dan khabar angin. Prestasi Meng Hao menjadikannya ibarat pesaing misteri.
Dalam kebanyakan perbincangan, rumusan kebanyakan orang adalah Wang Lihai menghadapi beberapa masalah. Jika bukan disebabkan itu, dia sudah pasti dapat keluar lebih awal.