Ye Wan Wan memang tidak tahu apa-apa mengenai Negara Bebas. Sebelum ini, dia pernah mencari maklumat tentang Negara Bebas di dalam internet semasa di China, tetapi dia tidak menjumpai apa-apa.
Di sekitar waktu tengah hari, Ye Wan Wan melangkah masuk ke dalam sebuah daerah yang menyerupai bandar.
Semua bangunan di dalam bandar di Negara Bebas ini sangat serupa dengan bangunan di China. Kelihatan trafik sesak, jalan yang bersimpang-siur dan orang ramai yang tidak putus-putus ke sana dan ke mari, mencipta suasana yang sibuk.
Kedai-kedai senjata ringkas boleh dijumpai di merata tempat di tepi jalan. Dia juga ada ternampak seorang lelaki separuh bogel yang memegang tukul besi dan mengetuk besi mentah untuk menjadi bentuk.
Ye Wan Wan berjalan dan berhenti, perasaan ingin tahu yang tinggi memenuhi wajahnya apabila dia meneroka dunia baru ini.