Si Ye Han berkata, "Jangan risau, saya akan jaga dia."
Kata-kata Si Ye Han sama seperti pisau yang menikam hati Tang Tang…
Tidak pelik apabila anak kecil itu hampir mahu menitiskan air matanya kerana terlalu marah.
Ye Wan Wan menjeling marah kepada Si Ye Han sebelum bergegas memujuk Tang Tang. "Baby, jadi budak baik. Jangan risau pasal Mama, Mama tak akan apa-apa. Tang Tang kena janji dengan Mama yang Tang Tang akan jaga diri elok-elok dan dengar cakap Atuk dengan Nenek. Tang Tang tak boleh buat benda berbahaya dan buat orang risau, okey?"
Setelah melihat si kecil itu masih mendiamkan diri dengan suram, Ye Wan Wan mengucup pipinya sekali lagi. "Tang Tang akan sentiasa jadi Baby yang Mama paling sayang!"
Apabila Ye Wan Wan berkata begitu, barulah wajah Tang Tang berubah lebih lega. Dia menjeling marah kepada Si Ye Han sebelum menerkam ke dalam pelukan Ye Wan Wan dan mengangguk senyap.
Di kawasan lapang di belakang Rumah Mawar.