"Gong Xu, jangan terburu-buru!" Luo Chen terus menarik Gong Xu ke belakang.
Namun, bagaimana Gong Xu boleh dihentikan? Dia sudah pun menghulurkan tangannya dan mencapai pergelangan tangan Liang Shi Han. "Minta maaf dekat dia sekarang!"
Liang Shi Han mula menjerit dengan begitu kuat, "Ah! Sakit! Lepaskan aku! Kau ingat kau boleh buli aku lepas kau dapat Pelakon Lelaki Terbaik? Kalau kau tak ada hubungan sulit, kenapa kau marah sangat?"
Kekecohan ini terlalu kuat, jadi ia telah menarik perhatian semua tetamu lain. Semua orang memandang kepada Ye Mu Fan dan gadis di sebelahnya dengan pelik dan menunjuk kepada mereka sambil berbisik.
Apabila melihat Gong Xu hampir meletup, Ye Wan Wan berkata dengan tenang, "Gong Xu."
Ye Wan Wan tidak berkata apa-apa, namun hanya satu pandangan daripada gadis itu sahaja telah menyebabkan Gong Xu patuh dan secara automatik melepaskan tangan Liang Shi Han. Dia kemudian terus terbang semula ke sisi Ye Wan Wan.