"Awak dah siap…"
Soalan Ye Mu Fan terhenti di situ apabila dia ternampak penampilan Ye Wan Wan. Dia jarang melihat adiknya berpakaian perempuan, selain daripada lawatan berkala ke kediaman lama untuk menjenguk datuk dan nenek mereka.
Ye Wan Wan ketika itu dilihat memakai gaun hitam yang mengikut bentuk tubuhnya dengan coker renda membalut leher langsingnya yang seperti swan. Rambut hitam dan ikal gadis itu menutupi bahunya dengan lembut. Solekan nipis telah membuatkan wajah gadis itu lebih menyerlah dan sempurna tanpa sebarang kecacatan. Kulitnya putih seperti salji, keningnya seperti lukisan, bibir merah jambunya seperti bunga pic mekar di bulan Mac dan matanya berkilauan seperti hamparan bintang di galaksi...
Ayat "tidak tertanding dan paling memukau" muncul di benak fikiran Ye Mu Fan.
Gadis di hadapannya ini tampak lebih menawan daripada penampilannya di jamuan hari jadi datuk mereka.