Han Xian Yu tersedak dan mula batuk. "..."
'Tilik nasib lagi… kenapa dia tak guna teknik lain?'
Apabila pandangan matanya bertembung dengan gadis itu, Han Xian Yu berkata dengan kekok, "Ahem, tak perlu…"
"Eh? Kenapa?" tanya Ye Wan Wan.
"Sebab… awak dah beritahu nasib saya sebelum ni…"
Perasaan kecewa muncul di wajah Ye Wan Wan. "Eh? Yakah? Apa kata saya beritahu nasib lain kepada awak? Kehidupan awak kekurangan…"
Ye Wan Wan baru hendak menyambung apabila Han Xian Yu terus memotong setelah dia ternampak sesuatu yang membuatkan anak matanya membesar. "*Kof*, Ye Bai. Tengok… tengok belakang awak…"
"Hm?"
Ye Wan Wan menoleh ke belakang.
Dia kemudian ternampak seseorang sedang berdiri di tepi kereta hitam yang diparkir di belakangnya. Wajah orang itu kelihatan lebih dingin daripada udara malam.
Ye Wan Wan mengelipkan matanya. Dia mengelipkan sekali lagi. Matanya kemudian terus menatap wajah lelaki itu…