Ye Wan Wan ketawa. "Tak perlu terburu-buru, saya belum habis cakap lagi!"
Jiang Yan Ran merungut, "Awak boleh sambung cakap lepas saya tandatangan kontrak ni!"
Ye Wan Wan memandang kepada Jiang Yan Ran, kemudian kepada Encik dan Puan Jiang sebelum menyambung dengan tegas, "Yan Ran, keadaan semasa kami tak semudah yang awak sangka. Hari ni, Hiburan Seluruh Dunia dan Maharaja Langit dalam diam-diam mahu kenakan kami, lebih-lebih lagi Maharaja Langit. Mereka pasti akan berbuat apa sahaja untuk sekat kami kali ni. Awak juga tahu tentang situasi keluarga saya.
Ini peperangan sengit yang saya sendiri tak pasti sama ada saya boleh menang atau tidak. Jadi untuk jaminan, saya bagi awak kontrak ni. Tapi awak tak perlu tandatangan serta-merta. Tunggu sampai Anugerah Orkid Emas berakhir dan keputusan diumumkan, barulah awak boleh tandatangan. Ini lebih selamat untuk awak sebab kalau apa-apa terjadi dekat Media Zaman Dewa, awak tak akan terlibat sekali nanti."