Kata-kata itu datang ikhlas dari hati Ye Wan Wan.
Agak pelik. Budak kecil yang duduk 4 hingga 5 kaki daripada dia ini memberi suatu perasaan yang pelik.
Budak kecil itu terkejut setelah mendengar jawapan Ye Wan Wan. Selepas beberapa ketika, dia mengetap bibinya yang nipis. "Macam tu ke."
Ye Wan Wan mengeluh, "Tapi sayang…"
Budak kecil : "Sayang kenapa?"
Ye Wan Wan menyambung, "Sayang… macam mana saya boleh ada anak comel macam ni… siapa mak dan ayah awak sebenarnya? Mereka mesti hebat dalam buat anak!"
Budak kecil : "Saya tak rasa macam tu."
Ye Wan Wan sedang berbual dengan budak kecil itu apabila salah seorang askar upahan di tempat duduk depan tiba-tiba menjerkah kepada lelaki di sebelahnya, "Apa jadah! Apa kau buat ni? Kenapa kau tangkap budak ni sekali?"