Ye Wan Wan tahu dalam hatinya yang Tang Long sebagai seorang askar upahan bukan mahu menangkap dia secara peribadi. Dia telah menerima misi daripada seseorang dan telah menandatangan kontrak dengan persatuan askar upahan. Jadi, Tang Long tidak boleh bersetuju walaupun dia menawarkan lima hingga tujuh kali ganda lebih tinggi.
"Ada jalan lain tak?" tanya Ye Wan Wan.
Tang Long menggeleng kepalanya dan berkata perlahan, "Cik Ye, saya minta maaf. Saya seorang askar upahan dan saya hanya boleh bertindak mengikut arahan majikan saya. Tapi Cik Ye tak perlu risau. Majikan saya nak awak dalam keadaan bernyawa, jadi saya tak akan apa-apakan awak."
"Apa akan berlaku kepada tiga kawan saya ni?" tanya Ye Wan Wan. Dia tidak boleh menahan daripada berasa bimbang kepada keselamatan Jiao Jiao dan Syaitan Tua Jiang.
Dengan hanya sekali pandang, Ye Wan Wan tahu Tang Long bukan orang yang mudah.