"..." Ye Wan Wan terkedu. Dia akhirnya bercakap setelah masa yang lama, "Xian Yu, saya anggap awak sebagai seorang kawan. Saya tak akan ambil kesempatan ke atas awak macam tu."
Han Xian Yu memandang Ye Wan Wan. "Oh, awak tahu kita kawan? Jadi kenapa awak tak hubungi saya masa awak ada masalah? Awak tahu tak apa perasaan saya lepas dengar apa yang berlaku? Awak buat saya fikir kita ni bukan kawan selepas lama kenal…"
Han Xian Yu kelihatan terasa hati selepas berkata begitu.
Apabila melihat Han Xian Yu salah faham, Ye Wan Wan terus cuba menjelaskan, "Kenapa awak fikir macam tu… saya memang dah jangka semua ni akan berlaku… saya boleh selesaikan sendiri… lagipun, saya tahu awak sedang buat penggambaran filem di luar negara, jadi saya tak nak kacau awak…"
Ye Wan Wan sedia maklum yang Han Xian Yu artis daripada Hiburan Seluruh Dunia dan pasti akan tersepit di tengah-tengah. Jadi bagaimana dia boleh meminta pertolongan lelaki itu.