Di bahagian paling dalam di hutan kecil taman Jin.
Setelah mendengar ngauman harimau itu dari jauh, perasaan pelik kelihatan pada setiap wajah pengawal Pasukan Gelap. "Uh, bunyi apa tu?"
Sebelas menggumam, "Bunyi macam Si Lu Te…"
"Ngauman Si Lu Te dengar macam menyedihkan. Apa yang berlaku?"
"Dia kena tangkap dekat Cik Wan Wan ke?"
"Uh, itu… memang menyedihkan…"
Semua orang melihat satu sama lain dengan perasaan gerun. "Dengan harimau pun dia tak nak lepaskan… dia memang… memang binatang buas…"
'Kesian Si Lu Te…'
Selepas mendengar satu demi satu ngauman, sekumpulan pengawal itu mula menggigil ketakutan sambil bersembunyi dalam gelap…
'Kita kena menyorok betul-betul! Kita tak boleh… tak boleh biar Cik Wan Wan jumpa kita…'
…
Dalam masa yang sama, Si Ye Han sedang berhadapan dengan seorang perempuan dan seekor harimau. Dia ketika itu terlindung di sebalik bayang-bayang.