Ye Wan Wan memandang lelaki berambut putih sehingga mencecah ke pinggang itu. Lelaki itu tak seperti apa yang dia sangka…
Situasi ini membuatkan Ye Wan Wan sedikit bingung dan dia tidak boleh berfikir dengan jelas.
"Saya manusia, bukan hantu." Lelaki itu ketawa perlahan.
Ye Wan Wan tergamam. "Saya memang langgar awak ke tadi?"
Dia merenung lelaki berambut putih itu dan kelihatan lebih hairan. 'Kereta dah sampai kemek macam tu, tapi dia masih hidup?'
"Ada sakit sikit." Lelaki itu merungut dan mengangguk dengan yakin.
"Awak… memang okey? Awak nak saya bawa awak ke hospital ke?" Ye Wan Wan mengerutkan keningnya.
"Saya okey, jangan risau." Lelaki berambut putih itu tersenyum.
"Baguslah kalau macam tu." Ye Wan Wan mengangguk dan berkata, "Bayar ganti rugi dekat saya sekarang."
Lelaki berambut putih itu terkejut. "Awak langgar saya tapi awak nak minta ganti rugi?"