Mungkin kerana dia mahu bermula dengan baik, batu mentah dalam tangan Wang Hu kelihatan seperti yang terbaik daripada semua batu lain.
Cincin hijau dengan tali pinggang ular sawa berwarna hitam. Penampilan seperti ini bermaksud kemungkinan tinggi ia mengandungi batu jed hijau di dalamnya…
Wang Hu perlahan-lahan menggilap sebuah tingkap kecil di atasnya.
Ia berwarna hijau.
Mata semua orang bertenaga…
Apabila melihat warna hijau dan ketelusannya, ia seperti menjanjikan sesuatu.
Wan He Yun begitu gugup ketika itu. Dia terus mengingatkan Wang Hu, "Berhati-hati! Potong dari sudut ni dekat sini!"
Wang Hu mengangguk dan menyambung memotong…
Namun, wajah Wang He Yun berubah di saat seterusnya. Sebaik sahaja pisau menembusi masuk, ia kelihatan kosong sepenuhnya. Isi kandungannya berwarna putih dengan batu jed hijau kecil di atasnya.
"HAHAHA… tak ada apa-apa dekat dalam. Itu memang batu mentah dari Astaka Permata Berkilauan…"