"Kita dah sampai, Abang Ye," umum Dong Zai.
"Okey, kamu berdua tidur awal malam ni. Saya pergi dulu." Ye Wan Wan terus melompat keluar dari kereta.
Luo Chen tinggal di bangunan yang sama. Jadi, selepas mengucapkan selamat tinggal, dia terus masuk ke dalam bangunan.
"Oh, Abang Ye, saya…" Gong Xu mahu berkata sesuatu kepada Ye Wan Wan pada mulanya, tetapi lelaki itu sudah keluar.
Gong Xu melihat Ye Bai dengan pelik kerana lelaki itu meluru keluar dengan tiba-tiba.
'Apa yang berlaku? Aku tak pernah nampak muka dia macam tu sebelum ni. Macam ada musuh besar berhampiran…'
Ye Wan Wan bergegas mendapatkan Si Ye Han. *kof* "Si Ye Han, bila awak sampai? Kenapa awak berdiri dekat sini? Kenapa awak tak masuk?! Sejuk gila dekat luar ni!"