Ye Wan Wan tidak cuba untuk menjelaskan. "Ambil je lah. Abang tak perlu cuba. Dia memang tampan kalau pakai apa pun."
Ye Mu Fan. "..."
'Kenapa aku rasa sedih. Macam dia pilih kasih dengan aku sekarang?'
Dulu, adik perempuannya suka mengikut dia ke mana sahaja dia pergi dan selalu berkata "abang yang paling tampan". Tapi sekarang, dia boleh kata lelaki liar itu seratus kali lebih tampan daripada dirinya!
Selepas membeli beberapa pakaian, Ye Wan Wan mula memandu ke tempat lain.
"Kita nak pergi mana pula sekarang?" Ye Mu Fan tampak keliru.
"Abang tahu bila kita sampai nanti."
Sepuluh minit kemudian, Ye Wan Wan berhenti pada satu-satunya kedai Pagani dalam bandar Empayar.
Sebaik sahaja Ye Wan Wan tiba, seorang pembantu jualan yang mesra dan peramah terus menyambut kedatangannya. "Awak dah sampai, Cik Ye! Sila masuk! Ini pula…"
"Abang saya."