"Kak Yi Yi usik saya lagi! Macam mana saya boleh dibanding dengan Kak Yi Yi!" Shen Meng Qi terus memuji Ye Yi Yi.
Selepas dua gadis itu selesai memuji sesama mereka, mereka berdua menuju ke tempat duduk masing-masing dan persidangan itu bermula dengan rasmi.
Di tempat duduk utama, orang yang bertanggungjawab bangun dan mengumumkan keputusan. "Hadirin sekalian, selepas kajian bersama jawatankuasa tender projek Cahaya Indah, saya ingin mengumumkan secara rasmi pembida yang berjaya adalah… Syarikat Shen! Harga bidaan mereka adalah 78.1 juta!"
"Cik, kita berjaya!" kata Timbalan Pengurus Besar syarikat dan pasukan mereka dengan teruja.
Shen Meng Qi tersenyum, kelihatan tenang dan bersahaja.
Manakala bagi pihak Syarikat Ye yang berhadapan mereka, wajah mereka semua terus berubah.
"Apa? 78.1 juta?"
"Kenapa beza 100, 000 sahaja dengan bidaan kita?"
"Bukan ini terlalu melampau untuk satu kebetulan?"
…