Dia tak pasti adakah kerana dia dapat mengesan "niat membunuh" di sebalik apa yang Si Ye Han katakan, tetapi Ye Wan Wan mengerutkan keningnya tanpa dia sedar.
Dia tahu Si Ye Han tidak merancang untuk ada anak. Lagipun, dia telah berkahwin begitu lama dengan lelaki itu di kehidupan lamanya, tapi mereka tidak pernah ada anak.
Adakah kerana Si Ye Han tahu dia tak akan hidup lama sebab itu dia tak mahukan anak?
Di kehidupan ini, mereka belum lagi sempat berkahwin.
Ye Wan Wan sudah pun mencetuskan kemarahan keluarga Si apabila dia menjadi teman wanita Si Ye Han dengan status semasa dan latar belakangnya. Jika dia akhirnya menjadi puan besar untuk keluarga ini, dia pastinya akan menjadi sasaran daripada pelbagai arah…
Di kehidupannya yang lepas, jika Si Ye Han tidak dicabar dengan cubaan Ye Wan Wan yang mahu melarikan diri dengan Gu Yue Ze, mungkinkah lelaki itu tidak akan mengahwini dia dengan begitu awal?