Bulu roma Ye Wan Wan berdiri melihat cara lelaki itu memandang dirinya. "Kenapa awak pandang saya macam tu?"
Mengharapkan Si Ye Han berkata "awak cantik" sudah tentu sesuatu yang hampir mustahil akan berlaku.
Si Ye Han mengecilkan matanya dan bertanya, "Awak dah tak takut dengan saya lagi ke?"
Apabila Ye Wan Wan mendengar pertanyaan Si Ye Han, baru dia teringat dengan siapa dia bercakap dengan penuh berani sebentar tadi. Jantungnya berdegup kencang dan dia cuba memaksa dirinya untuk bertenang. "Kena… kenapa saya nak takut?! Awak hanya harimau yang tak bertaring! Bukannya awak boleh makan saya!"
Si Ye Han ketawa. "Nak cuba?"
Wajah Ye Wan Wan berubah gelap. "Berhenti bergurau, tidur cepat!"
Udara di sekeliling mereka sarat dengan bau sayuran. Cahaya matahari menyelusuri masuk melalui celahan dedaun dan menari-nari di atas tubuh gadis itu dan menerangi pipinya. Dia boleh melihat bulu halus di tubuh gadis itu dengan jelas…