Ye Wan Wan berfikir panjang sebelum akhirnya berkata, "Ehem, macam ni. Hubungan saya dengan mak dan ayah saya telah menjadi renggang kerana lelaki tak guna Gu Yue Ze tu. Kali ini, selepas kembali ke rumah Ye, saya nekad untuk berterus terang dengan mak dan ayah. Saya tak nak mereka risau dan mahu mereka percaya saya telah buat keputusan yang baik. Saya beritahu mereka tentang kita…"
Ye Wan Wan berhenti sejenak dan memerhati wajah Si Ye Han. Dia kemudian menyambung, "Ditambah pula, kita dah tinggal bersama lebih dari dua tahun. Jadi, sudi tak awak… balik bersama saya… untuk jumpa mak dan ayah saya?"
Benda yang paling dia takut jika ibu bapanya tahu sendiri mengenai dia dengan Si Ye Han. Melihat sikap Si Ye Han kepada ibu bapanya atau jika ibu bapanya dapat tahu dia telah dipaksa menerima hubungan ini, dia tidak dapat membayangkan akibatnya…
Jadi, dia perlu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak sebelum perkara menjadi lebih teruk.