Rancangan awalnya, sebaik sahaja Han Xian Yu berjaya dijatuhkan, syarikat pasti akan memilih untuk melatih Gong Xu untuk menggantikan Han Xian Yu. Tetapi sekarang, bukan sahaja Han Xian Yu berjaya dibebaskan, namanya menjadi lebih dikenali ramai. Sekali lagi, Zhou Wei Bin berjaya dikalahkan oleh Fei Yang.
Zhou Wen Bin mengejek, "Ye Bai,huh… baiklah! Dia dah hancurkan rancangan saya dan dia masih berani bertindak melulu dalam kawasan saya! Ini masa terbaik untuk selesaikan semua ini dengan dia!"
Mendengar kata-kata bosnya, lelaki gemuk itu mula bertenang dan terus membodek Zhou Wen Bin, "Dengan Abang Bin di sini, tak ada siapa yang dapat berjaya!"
Si gemuk itu memuji berulang kali sambil mencuri pandang kepada remaja pucat di atas sofa.
"Ada apa-apa lagi?" Zhou Wen Bin melirik lelaki gemuk itu dengan menyampah.
"Tak! Tak ada apa-apa!"