"Awak tak pergi?" Wajah bimbang Ye Wan Wan terus bertukar ceria.
"Tak," kata seseorang itu tanpa perasaan bersalah.
"...!" Xu Yi kehilangan kata-kata.
'Tuan, sampai hati Tuan buat macam ni! Sejak bila saya nak ke luar negara?
'Bukan Tuan ke yang nak pergi?
'Tuan dah lupa ke Tuan baru saja luluskan cuti tahunan saya hari ni?'
Xu Yi faham dengan situasi Ye Wan Wan. Walaupun tuannya telah bersetuju untuk membiarkan dia keluar dengan bebas, niat lelaki itu ialah supaya gadis itu menderita sedikit. Kemudian gadis itu sendiri akan kembali ke sisinya tanpa sebarang paksaan.
Siapa tahu sejak tuannya membenarkan dia keluar, bukan sahaja dia tidak menghadapi sebarang masalah, dia berjaya berdikari. Gadis itu menjadi lebih sukar untuk dikawal. Dia akan mencari setiap peluang untuk bersembunyi dengan lebih jauh. Bagaimana tuannya tidak marah!