'Dia nak aku jumpa seseorang?
'Ada orang yang puan tua mahu kenalkan pada aku secara spesifik; siapa ya?'
Ye Wan Wan berada di sisi puan tua dengan wajah yang curiga.
Mereka berjalan melepasi ruang tamu dan kemudian keluar ke laman rumah. Tiba-tiba, satu susuk tubuh yang dikenalinya muncul di hadapan Ye Wan Wan tanpa amaran.
Dia hanya dapat melihat bayang seseorang yang tinggi dan langsing di hadapan beberapa pohon peony yang berharga.
Gadis tersebut mempunyai rambut keriting berwarna perang buah berangan. Dia memakai kot labuh berwarna coklat terang dan dia tidaklah begitu menawan tetapi kelihatan elegan dan lemah lembut. Setiap pergerakan memperlihatkan kemewahan dan kelas atasan yang hanya boleh ditunjuk oleh seorang aristokrat sejati. Walaupun gadis tersebut kelihatan elegan, namun keningnya yang berkerut boleh disamakan dengan kerutan seorang lelaki.
Inilah dewi nombor 1 Bandar Empayar, Qin Ruo Xi!