Setengah jam kemudian, dalam bar Jia Lan.
Di pintu masuk tingkat atas, dalam bilik yang hanya boleh ditempah oleh VIP, Ye Wan Wan berhenti sejenak dan menarik nafas dalam, cuba menenangkan diri tidak kira apa yang berlaku nanti.
"Cik Ye, sila masuk!"
Xu Yi baru sahaja mahu menolak pintu untuk dibuka apabila Ye Wan Wan menghentikan dia. "Kejap, kejap, jangan buka pintu dulu! Biar saya tengok keadaan dia macam mana dulu!"
Selepas berkata begitu, Ye Wan Wan dengan senyap menolak pintu terbuka, meninggalkan sedikit celahan, dan mengintai ke dalam dengan berhati-hati.
Di belakangnya, Xu Yi melihat gelagat mencurigakan Ye Wan Wan dan dia kehilangan kata-kata. Namun, selagi Ye Wan Wan sanggup bekerjasama, dia sudah pun cukup berterima kasih.
Walaupun Ye Wan Wan sudah cuba bersedia dari segi mental, dia masih lagi berasa takut setelah melihat suasana di dalam bilik itu setelah pintu dibuka.