ดาวน์โหลดแอป
4.34% Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 60: Wan Wan : Si Ubat Tidur?

บท 60: Wan Wan : Si Ubat Tidur?

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Puan Tua melihat ke arah cucunya dan berkata perlahan, "Itu, saya tak pasti. Selepas makan malam, saya minta Si Kecil ke-9 bawa Ye Wan Wan bersiar-siar di halaman rumah. Apabila mereka pergi terlalu lama, saya keluar untuk mencari dua anak muda ini dan saya ternampak Si Kecil ke-9 bersandar pada Wan Wan, sedang tidur.

Sungguh sukar melihat Si Kecil ke-9 tidur lena seperti itu jadi saya minta Wan Wan tidak kejutkan dia dan biarkan dia terus tidur lebih lama."

Mo Xun mengerutkan dahinya. "Bagaimana ini boleh berlaku? Saya sudah lama bersama dengan Tuan ke-9 dan dia tidak pernah tidur dengan sendirinya –– ini kali pertama!"

'Jika bukan sebab dia, tak adalah kepala aku pening fikir pasal dia sepanjang masa!'

Pada masa itu, Xu Yi seperti teringat sesuatu. Matanya berkilau dan dengan cepat berkata, "Tak… sebenarnya, ini bukan kali pertama!"

"Bukan kali pertama? Apa maksud awak?" Mo Xun dan Puan Tua memandang Xu Yi.

Xu Yi mengingat semula dan menjawab, "Saya teringat ada satu malam, Tuan ke-9 tertidur dalam keadaan yang sama."

Xu Yi tidak beritahu bahagian Ye Wan Wan cuba melarikan diri dan menyebabkan Si Ye Han tidak tidur beberapa malam berturut-turut dan menjelas ringkas, "Masa itu, Tuan ke-9 juga bersama dengan Cik Ye, di atas sofa ruang tamu di taman Jin. Tuan ke-9 memeluk Cik Ye dan tidur sepanjang malam…"

"Semalaman?"

"Ya, betul. Saya juga terkejut pada masa itu, jadi saya sangka ia tidak penting. Tuan ke-9 mula tidur pada pukul 10 malam dan bangun pukul 6 pagi esoknya. Tuan ke-9 telah tidur selama 8 jam!" balas Xu Yi.

Mo Xun mencubit kulit antara keningnya. "Kenapa awak tak beritahu saya awal –– ini perkara besar!"

Dengan muka tidak bersalah, Xu Yi menjawab, "Oh… Tuan ke-9 tak tidur beberapa malam berturut-turut pada masa itu, jadi saya sangka dia mungkin terlalu letih jadi dia tertidur… Dan saya ingat dia akan beritahu awak sendiri…"

Mo Xun menarik nafas dalam dan mengerutkan kening. 'Dalam mimpi kalau dia nak beritahu sendiri benda macam ini.'

"Ada lagi tak? Ada insiden lain lagi? Beritahu semuanya sekarang!"

Xu Yi berfikir sejenak dan menyedari ada lagi selain dari ini!

"Saya rasa ada satu lagi tapi saya pun tak berapa pasti…" Xu Yi teragak-agak untuk beberapa ketika dan berkata, "Malam sebelum Tuan ke-9 datang ke rumah lama untuk pemeriksaan kesihatan, dia kembali ke taman Jin sebelum subuh sebab dia pergi ke sekolah untuk mencari Cik Wan Wan malam itu.

Saya tunggu dalam kereta sepanjang malam, lebih dari 6 jam, sebelum dia kembali.

Masa itu, saya tengok keadaan Tuan ke-9 lebih baik dari biasa macam dia baru bangun dari tidur, tapi saya tak ambil kisah sangat. Bila diingat semula, mungkinkah semasa 6 jam itu, Tuan ke-9 sedang tidur bersama dengan Cik Wan Wan?"

Mo Xun memproses maklumat ini dengan lama. "Jika spekulasi awak betul, jadi ada satu perkara yang sama berlaku setiap kali dia tidur dengan sendirinya –– Ye Wan Wan ada di situ?"

Xu Yi mengangguk. "Nampaknya begitu."

Mendengar perbincangan mereka, Puan Tua faham dan berkata penuh emosi, "Ini bermakna setiap kali Ye Wan Wan ada di sisinya, Si Kecil ke-9 boleh tidur dengan lebih mudah? Jika itu sebabnya, baguslah!"

Mo Xun berkata dengan berhati-hati, "Puan Tua, jangan terlalu teruja. Kita perlu buat lebih banyak pemerhatian. Selama hubungan Tuan ke-9 dan Cik Ye, perkara ini jarang berlaku –– hanya tiga kali baru-baru ini."

Puan Tua kelihatan sedikit kecewa mendengar perkara tersebut. Dia berpaling kepada Xu Yi dan berkata, "Xu Yi, awak berada di sisi Si Kecil ke-9 setiap hari. Sekarang, beri lebih banyak perhatian dan dapat tahu apa yang sebenarnya berlaku."

"Baiklah!"


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C60
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ