ดาวน์โหลดแอป
3.26% Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 45: Jatuh Cinta dengan Si Xia?

บท 45: Jatuh Cinta dengan Si Xia?

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Keesokan paginya.

Apabila Ye Wan Wan bangun dari tidur, Si Ye Han sudah pergi dan dia tidak sedar Si Ye Han keluar pada pukul berapa.

'Dia betul-betul masuk dan keluar bagaikan bayang-bayang.'

Sambil memikirkan tentang perkara yang berlaku malam semalam, Ye Wan Wan berasa kurang bersemangat.

Mungkin Si Ye Han tidak kisah tentang apa yang dikatakan oleh Shen Meng Qi dan dia masih mahu perempuan itu berada di sisinya untuk mengawasinya?

'Nampaknya aku kena lebih berhati-hati dan halang Shen Meng Qi daripada lebih berkuasa.'

Yang bagusnya, dia dapat tahu tentang belang sebenar Shen Meng Qi dan dia tidak akan lagi mudah terpengaruh dengannya. Susahlah untuk Shen Meng Qi menimbulkan masalah untuknya lagi selepas ini.

Dia akan biar Si Ye Han tahu secara sedikit demi sedikit bahawa tukang adunya sudah hilang taringnya…

Selepas dia berfikir masak-masak, Ye Wan Wan berasa lega dan dia bangun untuk bersiap.

Rambut palsu hijau dan tatu pada badan kembali dipakai. Dengan memakai kemeja-t yang dihias dengan manik, seluar compang-camping dengan sepuluh lubang dan dilengkapi dengan mekap Gothik, rupanya memang sangat menonjol.

Bilangan orang yang menoleh dan melihatnya juga membuktikan betapa teruknya penampilan Ye Wan Wan.

Dalam perjalanannya ke kantin, dia terserempak dengan Shen Meng Qi.

"Wan Wan, saya baru nak cari awak. Jom sarapan sama-sama!" Shen Meng Qi terus memaut tangannya dengan mesra.

Melihatkan rupa Ye Wan Wan, mata Shen Meng Qi kembali bersinar dan dia kelihatan sangat berpuas hati.

'Nampaknya Ye Wan Wan dengar juga nasihat aku malam semalam!'

Apabila mereka tiba di kantin, semua pelajar di sekeliling memerhatikan mereka sambil berbisik-bisik.

"Tengok itu! Ye Wan Wan dah tingkatkan kehodohannya pada tahap seterusnya!"

"Meng Qi itu terlampau baik nak berkawan lagi dengan si hodoh itu! Bila lihat dua orang ini, saya teringat Beauty and the Beast!"

"Cukup-cukuplah itu mengumpat. Si hodoh ini masih bersekolah di sini sebab dia dapat nombor satu dalam kelas, dia pun dapat kalahkan si cantik Cheng Xue itu dan ahli jawatankuasa seni Han Xiao Ru sebab dapat jadi pasangan Si Xia dalam drama!"

"Wah! Biar betul? Si hodoh ini betul-betul licik, jangan-jangan dia obses dengan lelaki impian aku!"

Mendengarkan perbincangan di sekeliling mereka, mata Shen Meng Qi semakin bersinar-sinar.

'Mungkinkah Ye Wan Wan dah tak sukakan Gu Yue Ze secara tiba-tiba sebab Si Xia…'

Shen Meng Qi yang ketawa kecil berkata, "Oh ya Wan Wan, saya belum lagi ucap tahniah pada awak! Saya dengar awak dapat nombor satu dalam kelas untuk peperiksaan kali ini?"

Di hadapan Ye Wan Wan, terdapat semangkuk bubur nasi dengan keladi, dua ketul ban daging yang besar dan lempeng crepe dengan tiga cebis daging, dua biji telur, seketul sosej ham dan buah. Dia menjawab dengan tenang sambil makan, "Itu ujian saja pun."

Shen Meng Qi tahu bahawa Ye Wan Wan mempunyai ingatan yang kuat, tetapi selepas dia mendapat tahu bahawa Ye Wan Wan berjaya mendapat nombor satu dalam kelasnya, dia masih berasa sangat terkejut. Dia bertanya, "Bukankah awak cakap yang awak tak suka nak mengulang kaji? Kenapa tiba-tiba saja awak bekerja keras?"

Ye Wan Wan menggigit ban roti sambil menjawab, "Memang pun. Saya tak suka benda yang tak mencabar."

Wajah Shen Meng Qi bertukar warna dan dia hampir tercekik makanan mendengarkan jawapan rakannya.

Dia mengulang kaji bersungguh-sungguh setiap hari untuk kekal berada dalam kedudukan sepuluh teratas dalam kelasnya. Dia hanya berjaya mendapat nombor tiga dengan usaha sehabis mungkin. Kali ini, dia tidak dapat kekalkan kedudukannya dan jatuh ke nombor sembilan. Tetapi, Ye Wan Wan dapat nombor satu dalam kelas dengan mudah sahaja?

Shen Meng Qi menahan ketidakpuasan hatinya. 'Kalau kau dapat gred yang bagus pun nak buat apa? Keluarga Ye bukan lagi keluarga yang sama milik Ye Shao Ting. Ye Wan Wan pun bukan lagi anak keluarga yang kaya-raya! Sekarang ini, Ye Wan Wan tak layak nak angkat kasut aku pun!'

"Kalau macam itu, apa kena dengan awak dan Si Xia? Awak dah jatuh hati dengan Si Xia kah?" Akhirnya Shen Meng Qi menyentuh topik yang benar-benar dia mahu tahu.

'Lagipun, Ye Wan Wan berkongsi meja dengan Si Xia sebelum ini. Mungkinkah dalam tempoh itu Ye Wan Wan dah mula jatuh hati dengan Si Xia?'

Ye Wan Wan mengecilkan matanya sedikit selepas mendengar pertanyaan tersebut.

'Nampaknya aku kena selesaikan isu ini dengan Si Xia secepat mungkin. Kalau tidak, Shen Meng Qi akan gunakan bahan baru ini dalam karangan dia.'

"Tak minat pun," balas Ye Wan, sikapnya tidak acuh.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C45
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ