ดาวน์โหลดแอป
2.02% Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 28: Bagaimana Jika Saya Paling Hebat dalam Kelas?

บท 28: Bagaimana Jika Saya Paling Hebat dalam Kelas?

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Selepas peperiksaan berakhir, semua guru memulakan proses menyemak…

Memandangkan ia ujian simulasi, proses menanda pada asasnya dimodelkan mengikut peperiksaan kemasukan kolej. Nama pelajar akan ditutup dan para guru tidak akan menyemak kertas dari kelas mereka sendiri. Selepas mereka selesai menyemak, guru kemudian membuka nama untuk merekodkan markah dan kedudukan.

Malam itu para pelajar biasanya tidak boleh tidur, kerana mereka semua akan membanding jawapan antara mereka dengan cemas dan mengagak keputusan masing-masing.

Manakala Ye Wan Wan pula bergegas kembali ke asrama untuk mengganti semula tidurnya selepas menyerahkan kertas terakhir.

Keesokan paginya.

Liang Li Hua masuk ke dalam kelas dengan senyuman besar di wajah.

Pagi itu, dia telah melawat pejabat Hal Ehwal Pelajar sebelum melihat keputusan pelajar. Surat pembuangan Ye Wan Wan akhirnya sudah siap.

"Sila senyap, pelajar semua!" Dia berkata, "Markah ujian dan kedudukan kelas telah keluar! Tapi sebelum saya umumkan keputusan, saya mahu uruskan satu perkara terlebih dahulu!"

Mendengar semua ini, semua mata tertumpu pada baris terakhir kelas itu dengan teruja.

Pada masa itu, Liang Li Hua mengeluarkan satu notis dan menghentaknya ke podium. "Saya jangka ramai dari awak tahu tentang perkara ini. Rakan sekelas kamu semua, Ye Wan Wan, banyak kali telah melanggar peraturan dan undang-undang sekolah. Tingkah lakunya tidak boleh dibendung atau boleh ditebus semula dan telah merosakkan reputasi Sekolah Menengah Qing He kita. Sekolah telah sebulat suara untuk membuang dia!"

Sorakan kedengaran dari bawah podium, terutama dari pelajar perempuan.

"Ha ha ha, bukan saya sudah beritahu! Si hodoh dan pelik itu pasti akan dihalau dari sekolah sebelum keputusan keluar!"

"Akhirnya, kita tak perlu melihat wajah yang menakutkan itu lagi!"

Liang Li Hua melihat pada Ye Wan Wan dan berkata dengan tidak sabar, "Ia berkuat kuasa hari ini jadi kemas barang awak dan bergerak sekarang!"

Di mata mereka yang berseronok di atas pembuangan dia, Ye Wan Wan kekal tenang dan tidak bergerak tanpa sebarang niat untuk beredar. Mulutnya mengorak senyuman lembut dan melihat dengan malas kepada orang yang berada di podium.

Dengan mata yang mengejek dan ketenangan ditunjukkan oleh Ye Wan Wan, ia kelihatan seperti satu tentangan, yang terus membuatkan Liang Li Hua meletup marah. "Ye Wan Wan! Apa masalah awak sekarang? Bukankah awak mahu notis rasmi bertulis dari pihak sekolah? Notis itu telah dikeluarkan! Semua perkara telah dilakukan mengikut peraturan! Jangan awak berani beritahu saya tiada kuasa lagi!"

Mata dingin Ye Wan Wan mengecil dan dengan perlahan bangun dan berkata, "Jadi, memandangkan cikgu bercakap tentang peraturan, jadi saya juga mahu bercakap tentang peraturan. Saya masih ingat satu klausa dalam peraturan di mana jika terdapat walau sedikit kekesalan ditunjukkan oleh pelajar berkenaan, lebih wajar untuk pelajar berkenaan mengelak dari dihukum dan memberi peluang kepada pelajar untuk pulih."

Liang Li Hua ketawa dingin. "Ya, memang ada klausa itu, jadi? Bagaimana ia boleh dikaitkan dengan awak? Tengok betapa teruknya rupa awak, bukan hantu tapi bukan juga manusia. Tak nampak pun awak kesal walaupun sedikit."

Ye Wan Wan mengerutkan kening dan berkata membela diri, "Ya, saya hodoh. Jadi? Adakah itu salah saya dilahirkan begini? Adakah ini apa yang guru patut lakukan, mengejek penampilan seseorang? Saya rasa cikgu patut lihat dahulu keputusan saya sebelum bercakap. Bagaimana jika saya dapat kedudukan paling atas dalam kelas kali ini?"

Liang Li Hua terkedu pada mulanya dan mula ketawa. Pelajar lain juga menurut sama.

"Hahahahahaha wow! Apa si hodoh dan pelik Ye Wan Wan ini kata? Paling atas dalam kelas? Siapa beri dia keyakinan untuk bercakap macam itu?!"

"Dia bodoh! Jika dia boleh berada di kedudukan paling atas, saya akan makan t***!"

"Haha saya rasa awak kena makan t*** nanti, sebab pertama dari belakang juga dikatakan yang pertama!"


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C28
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ