ดาวน์โหลดแอป
1.59% Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 22: Pemalas Tiada Hak Merungut

บท 22: Pemalas Tiada Hak Merungut

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Jika dia mahu keputusan dia dibuang sekolah ditarik semula, peperiksaan kali ini sangat penting.

Walaupun jangka masa hanya tinggal seminggu untuk mengulang kaji, ia sudah cukup bagus.

Ye Wan Wan menghentikan fikirannya dan mula mengulang kaji buku teks itu dengan penuh perhatian.

Budak lelaki yang sedang berbaring di meja sebelah terbangun mendengar bunyi kertas diselak, mengerut kening dan melihat ke sisi.

Sebaik sahaja dia mengangkat kepala, matanya mendarat pada Ye Wan Wan yang sedang membaca.

Budak ini… memutuskan untuk berubah selepas melalui trauma sebentar tadi.

Dia sedang berfikir tentang itu sehingga dia sedar apa yang Ye Wan Wan sedang lakukan. Wajahnya bertukar suram.

Ye Wan Wan menyelak halaman demi halaman lebih laju dari cara dia menjawab guru kelas sebentar tadi.

Adakah ini membaca?

Tapi jika dia bukan membaca, apa yang dia buat sekarang? Adakah dia terlalu bosan sehingga dia menyelak buku untuk menghilangkan kebosanan?

"Bising." Wajah tampan budak lelaki itu penuh dengan rasa menyampah.

Wajah Ye Wan Wan berubah sedikit gelap, budak tak guna ini bertenaga betul, huh!

Percaya atau tidak, saya akan gunakan pangkat keluarga saya untuk hancurkan awak!

Mengikut pangkat saya dalam keluarga, dia patut panggil saya mak cik ke-9 dengan penuh hormat!

Di kehidupan lepas, dia baru tahu yang lelaki pujaan Qing He ini ialah anak saudara Si Ye Han.

Ye Wan Wan mengangkat keningnya. "Oh, awak rasa saya bising? Jika awak pandai jadi buatlah dengan elok untuk peperiksaan kali ini dan berpindah ke depan! Yang lemah selalu menjadi mangsa yang kuat dan yang paling kuat akan dihormati. Pemalas tak ada hak untuk merungut!"

"..." Budak lelaki itu tercengang selepas dimarahi.

Adakah dia baru saja dihina oleh pelajar paling teruk di sekolah ini?

Oh, baiklah.

Untuk peperiksaan kali ini, dia akan ajar perempuan ini apa maknanya untuk menjadi mangsa kepada yang kuat!

Hari terasa berlalu dengan cepat setelah loceng terakhir sekolah berbunyi.

Ponteng sekolah seronok selalunya manakala mengulang kaji terasa seperti berada di tempat membakar mayat.

Untuk sehari itu, Ye Wan Wan melihat orang dengan pandangan berganda, dengan perkataan terapung-apung di pandangannya.

Untuk minggu seterusnya, kelas tidak akan berjalan untuk memberi ruang kepada semua pelajar fokus mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan yang akan datang.

Sekolah Menengah Qeng Hi menggunakan kaedah pengajaran tertutup -- kecuali untuk sebab istimewa, semua pelajar perlu tinggal di kawasan sekolah.

Selepas sekolah, para pelajar kembali ke hostel masing-masing. Ye Wan Wan membawa bagasinya sekali dan mengikut mereka menuju ke bangunan hostel.

Setiap bilik didiami oleh 4 pelajar. Namun, teman sebiliknya sebulat suara untuk menyisihkan dia jadi dia dapat seluruh bilik untuk dirinya sendiri.

Tambahan pula, tiada siapa tahu hubungan dia dengan Si Ye Han jadi, tinggal berseorangan lebih baik untuk dirinya.

Jari jemarinya yang putih dan lembut menolak perlahan pintu bilik dan bau yang biasa dihidu serta merta menerjahnya.

Bilik itu tidak berapa besar tapi cukup bagus untuk dia. Berbanding dengan taman Jin yang besar, bilik ini membuatkan dia rasa selamat.

Selain itu, Qing He telah dibiayai oleh pemilik perniagaan dan rakan perniagaan sekolah yang kaya menjadikan asrama ini agak selesa. Selain dari penghawa dingin, setiap bilik mempunyai tub mandinya sendiri.

Ye Wan Wan meletakkan bagasinya dan mula mengemas.

Sebaik sahaja selesai, dia baru sahaja hendak duduk dan mula mengulang kaji, pintunya diketuk dan mengganggu aktivitinya.

Apabila pintu dibuka, Shen Meng Qi berdiri di muka pintu dengan sambil mengenakan baju renda berwarna merah jambu lembut.

Air mata mula mengalir laju sebaik sahaja dia melihat Ye Wan Wan. "Wan Wan! Akhirnya awak ke sekolah! Saya sungguh risau! Baguslah awak tak apa-apa!"

Melihat reaksi Shen Meng Qi yang sungguh bimbang padanya, Ye Wan Wan tidak boleh menahan diri dari tersentuh. Dengan keupayaan lakonannya ini, susah untuk mengubah kerjaya Shen Meng Qi dalam dunia hiburan.

Ye Wan Wan terus duduk di meja, menyampah kerana diganggu. "Ada masalah? Apa-apa pun, sila datang semula dalam masa seminggu, saya tak ada masa sekarang."

Shen Meng Qi menganggap dia telah bergaduh dengan Gu Yue Ze dan moodnya masih tidak baik lalu menjawab, "Saya rasa En Gu salah faham hubungan awak dengan Si Ye Han tapi dia sangat mencintai awak dan rasa sangat bertanggung jawab. Awak masih ada dalam hatinya -- jika tidak, dia tidak akan bantu awak! Selagi awak pergi dan jelaskan salah faham ini, semua akan jadi baik!"

Ye Wan Wan tak ada masa untuk melayan pelakon ini dan sudah menumpu seluruh perhatian pada buku pada masa itu.

Shen Meng Qi melihat Ye Wan Wan tidak berhenti menyelak halaman buku teks dan menganggap dia masih marah dan masih belum bertenang, jadi Shen Meng Qi memutuskan untuk berhenti meyakinkan dia.

"Jadi Wan Wan, saya pergi dulu memandangkan peperiksaan semakin hampir dan saya perlu mengulang kaji. Ayah saya akan beri telefon bimbit baru jika saya kekal tempat 3 teratas. Nanti cari saya jika awak ada masalah!"

"Baiklah," jawab Ye Wan Wan tanpa mengangkat kepala.

Shen Meng Qi mengerutkan dahi sedikit, tidak biasa dengan sikap dingin Ye Wan Wan.

Sebaik sahaja dia hendak beredar, dia ternampak kelibat sekeping kertas yang dihias cantik -- surat cinta.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C22
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ