ดาวน์โหลดแอป
7.86% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 78: Begitulah Dia Jatuh!

บท 78: Begitulah Dia Jatuh!

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Kata-kata Chui Ming yang penuh dengan ugutan telah menyebabkan semua tetamu terdiam. Bilik tersebut menjadi sunyi.

Mereka mengerti kemarahan Chui Ming.

Xinghe cuba melepaskan diri daripada kesalahannya dengan berpura-pura mempunyai bukti yang dia tidak bersalah. Itu merupakan satu taktik murahan dan kesemua orang di dalam bilik pasti akan menyebelahi pihak Chui Ming.

Orang ramai beranggapan jika daripada awal lagi Xinghe mengaku kesalahannya dan meminta maaf dengan ikhlas, Chui Ming tidak akan berkeras dengannya.

Tetapi mereka tidak tahu, tidak kiralah apa pun yang dilakukan oleh Xinghe, Chui Ming tidak akan melepaskan dia dengan mudah.

Seakan-akan seekor harimau memburu mangsanya, Chui Ming merenung tajam ke arah Xinghe.

Xia Xinghe harus mati.

Atau paling tidak, musnahkan dia sehingga dia tiada peluang untuk bangkit semula!

Chui Ming merupakan seorang pakar dalam hal sebegini kerana dia tidak punya hati perut. Banyak kehidupan yang telah dia musnahkan demi urusan perniagaan. Dia langsung tidak rasa bersalah dan tetap mampu tidur lena setiap malam.

Oleh itu, Xinghe harus menanggung akibat yang teruk hari ini sungguhpun Xi Mubai ada di sisinya.

Xinghe tidak mengerti niat jahat Chui Ming, namun Mubai dapat menekanya dengan tepat.

Dia mengecilkan matanya, dia berminat untuk tahu kali ini apa yang akan dilakukan oleh Xinghe.

Dia berharap semoga Xinghe tidak mengecewakan dia.

"Baiklah. Jika begitu, ini buktinya!" Umum Xinghe dengan yakin. Bersaksikan setiap mata yang memandang, dia mengeluarkan sebatang pen perakam daripada dompetnya dengan penuh dramatik sekali.

Wajah Wushuang tiba-tiba pucat.

Perempuan jalang ini membawa pen perakam ke majlis hari jadi kanak-kanak?

Chui Ming juga terkejut.

Xinghe menghayati reaksi mereka dengan senyuman sebelum dia menekan butang 'main'.

Suara Wushuang terus bergema di seluruh bilik utama.

[Xia Xinghe, sudah lama kita tidak bertemu. Tak sangka kan kamu masih mencuba untuk membuat kemunculan semula? Tapi sebenarnya,saya kagum dengan kamu. Bukan calang-calang wanita...].

Semua tetamu tergamam terdengar suara Wushuang berkumandang daripada perakam tersebut.

Wushuang merenung ke arah pen perakam tersebut dengan mata yang terbeliak. Dia membayangkan dirinya melompat untuk merampas pen perakam tersebut.

Namun dia terkaku dalam keadaaan terkejut dan penuh rasa hina.

Chui Ming juga menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila Xinghe mengeluarkan perakam itu. Dia cuba untuk bertindak, namun….

Dia berasa seseorang sedang melihat ke arahnya. Dia berpusing dan kelihatan Mubai sedang merenungnya dengan tajam. Dia terkesima sebentar.

Dengan renungan Mubai tepat ke arahnya, dia tidak berani untuk bersikap acuh tidak acuh.

Kelakuan aggresifnya tadi boleh dimaafkan kerana dia ialah mangsa keadaan. Namun sekarang selepas Xinghe mengemukakan bukti, dia percaya Mubai akan masuk campur jika dia bertindak di luar kawalan.

Lagipun, terdapat ramai tetamu kehormat hadir di majlis ini.

Dia mengerti yang keadaan telah berubah sama sekali.

Wushuang masih terpaku dan tidak menyedari pandangan mata Chui Ming yang cuba memberikan isyarat kepadanya.

Pada saat itu, sebelum rakaman itu tamat lagi , Chui Ming telah mengambil keputusan untuk menjadikan Wushuang sebagai korban!

[Jangan risau, saya sudah ada rancangan untuk memusnahkan kamu! Boleh kamu agak apa rancangan saya?]

[Tak, saya tidak tahu. Beritahulah saya.]. Dalam rakaman tersebut, suara Wushuang bertukar kepada bisikan jahat. Apabila para tetamu mendengar soalan itu, mereka semua dapat berasakan tahap kemarahan mereka meninggi.

Kemudian, dengan tenang Xinghe menjawab, [Tak, saya tidak tahu. Beritahulah saya.]

Selepas itu, nada Wushuang berubah dengan dramatik sekali. Seolah-olah dia sedang melakukan senaman vokal.

[Kakak, jangan marahkan saya. Ini semua salah saya. Tolong maafkan saya....]

Ia diikuti dengan jeritannya yang kuat.

Mereka semua masih ingat ini ialah detik-detik apabila semua tetamu yang berada di bilik utama melihat dia terjatuh.

Jadi, begitulah cara dia 'jatuh' pada mulanya!

Ternyata Wushuang yang benci dan cemburu terhadap Xinghe, bukan sebaliknya. Dia melakukan semua lakonan ini untuk memfitnah Xinghe!


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C78
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ