ดาวน์โหลดแอป
3.52% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 35: Pengakhiran Musim Hospital – Kak, Kamu Memang Menakutkan

บท 35: Pengakhiran Musim Hospital – Kak, Kamu Memang Menakutkan

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Xia Zhi perasan senyuman kakaknya hilang selepas mendengar nama Xi Mubai, jadi dia segera menukar topik. "Sudah tiada apa-apa lagi yang bernilai untuk dilihat pada komputer Chu Tianxin… Hmm, apakah ini, manuskrip buku?"

"Saya percaya ia ialah manuskrip buku. Tianxin ialah seorang penulis yang mempunyai beberapa buku di bawah namanya," kata Xinghe.

Xia Zhi memasamkan mukanya bagai tidak percaya lalu menambah, "Wanita seperti dia boleh menjadi seorang penulis? Saya bimbang akan masa depan bidang sastera negara kita."

Xia Zhi membuka manuskrip tersebut dan mendapati ianya satu kerja yang sedang diusahakan oleh Tianxin.

"Kak, kamu rasa dia mempunyai fail sokongan untuk kerja ini? Jika tidak…" kata Xia Zhi sambil mengeluarkan gelak sinis.

Xinghe pun berkata, "Terdapat beberapa fail penting dalam komputernya. Saya rasa tidak baik jika kita hancurkan sistem komputernya."

Xia Zhi fikir kakanya ingin menarik diri jadi dia berkata, "Ianya penting untuk kita hancurkan sistemnya. Kebaikan hanya perlu diberikan kepada orang-orang yang patut menerimanya dan wanita ini memang tidak layak. Kita mesti memberi satu pengajaran kepadanya atau saya tidak dapat tidur lena malam ini."

"Kamu salah faham. Mari, bagi saya tunjukkan." Xia Zhi terkejut. Kakaknya ingin melakukannya sendiri?

Xia Zhi pun memberi komputer riba kepada Xinghe. Sejujurnya, dia memang teruja untuk melihat apa yang akan dilakukan kakaknya.

Xinghe meletakkan komputer riba di depannya dan dengan beberapa klik sahaja, dia telah menghantar satu 'GIF' lucah kepada semua orang dalam senarai kenalan Tianxin.

Pada masa yang sama, Tianxin telah berhenti berbual bersama rakannya dan sedang minum petang. Tiba-tiba, komputernya dipenuhi notifikasi mesej.

Tianxin apa yang telah kamu hantar kepada saya????? Kawannya yang berbual dengannya tadi tidak dapat percaya apa yang telah Tianxin lakukan.

Tianxin sendiri pun terkejut sambil merenung animasi yang dihantar secara automatik daripada akaunnya.

Apa yang telah terjadi?

Ketika dia melihat setiap senarai kenalannya, dia mendapati bahawa setiap orang telah menerima 'GIF' tersebut.

Dalam kalangan kenalannya, ada yang dikenalinya atas dasar hubungan formal. Jadi, imejnya yang selama ini dijaga akan hancur!

Tianxin dengan segera cuba menarik balik 'GIF' tersebut atau menjelaskan kepada kenalannya tetapi dengan tiba-tiba skrin komputernya terus menjadi hitam.

Dia cuba menghidupkan kembali komputernya tetapi ia tidak berfungsi.

Sambil duduk di sebelah Xinghe, muka Xia Zhi merah akibat cuba menahan gelaknya.

Dia tidak boleh ketawa kerana takut menganggu rehat bapanya.

Xinghe pula sebagai dalang utama tidak mempunyai apa-apa emosi dan riak wajahnya setenang permukaan air.

"Kak, terbaiklah! Macam mana kamu boleh keluar dengan idea sedemikian," kata Xia Zhi sambil tertawa. "Tolong, perut saya sedang sakit akibat terlalu banyak ketawa..." Xia Zhi menunjukkan ibu jarinya kepada Xinghe.

Dia tidak tahu kakaknya seorang licik yang bijaksana.

Tianxin amat mementingkan imejnya jadi Xinghe telah menyerang tepat pada kelemahannya. Tawa mereka semakin galak kedengaran semasa mereka sedang menggambarkan muka masam Tianxin.

"Itu akan memberinya satu pengajaran! Kak, kamu memang menakutkan!

Xinghe membalas dalam suara yang tenang, "Tianxin layak menerimanya, tidakkah kamu setuju?"

"Memang dia patut! Apakah kakak rasa Mubai juga menerima gif tersebut?"

Xinghe mengenyit sebelah mata padanya seolah-olah mengiyakan. Bukan sahaja Mubai yang ada dalam senarai tersebut, tetapi juga Tuan dan Puan Xi yang tua…

Mubai sedang bekerja apabila dia menerima mesej tersebut. Sudut matanya mengecil bagai tidak percaya apabila dia membuka 'GIF' tersebut.

Setiap orang yang menerima mesej tersebut termasuk ibu bapa Mubai juga terkejut.

Mengapalah Tianxin ingin menghantar mesej sedemikian kepada mereka?

Kebanyakan daripada mereka meneka bahawa komputer Tianxin dijangkiti virus tetapi persoalannya ialah bagaimana dia mendapat virus tersebut. Biasanya komputer hanya akan dijangkiti jikalau banyak melayari laman sesawang dewasa kan?


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C35
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ