ดาวน์โหลดแอป
96.94% Perceraian Ke-99 / Chapter 888: Peperangan Dahsyat

บท 888: Peperangan Dahsyat

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Apabila dia tiba di rumah, Ou Ming masih sibuk.

Dengan wajah kemerahan, Yu Lili meletakkan DVD itu di ruang antara sofa. Selepas menggantung pakaian yang baru diambilnya dari dobi, dia naik ke tingkat atas dan mandi. Ketika sedang mandi, dia berfikir apabila dia menonton filem itu bersama Ou Ming, adakah Ou Ming akan berasa apa-apa…

Tunggu sekejap… Bagaimana jika Ou Ming merasakan sesuatu, tapi saya yang tidak dapat merasakannya. Apa patut saya lakukan?

[Saya rasa kamu… mati pucuk…]

Kata-kata Ou Ming pada pagi itu masih terngiang-ngiang di telinganya dan membuatkannya berasa malu. Dulu waktu dia menonton filem lucah secara sembunyi, dia dapat merasakannya, tetapi sekarang… adakah dia tidak akan berasa apa-apa?

Ou Ming masih membuat kerjanya… jadi jika saya menonton filem itu sekarang, pasti dia tidak akan sedar, bukan?

Selesai mandi, Yu Lili berjalan ke ruang tamu dalam pakaian tidurnya. Dia mengeluarkan DVD dari ruang sofa dan membukanya. Tiba-tiba dia terfikir jika Ou Ming keluar secara tiba-tiba, bukankah ia akan menjadi amat memalukan? Oh Tuhan, pasti ia akan sangat memalukan…

Yu Lili tidak dapat membayangkan bagaimana wajah Ou Ming jika lelaki itu menemuinya sedang menonton filem lucah secara sembunyi. Tetapi dia sedang terdesak untuk memastikan jika dia benar-benar… mati pucuk. Dia memutuskan untuk menjenguk Ou Ming di bilik kerja. Sebaik sahaja masuk, dia mendapati Ou Ming tiada di situ. Kemudian dia pergi ke bilik tidur dan mendengar bunyi dari bilik air.

Sambil menarik nafas lega, Yu Lili kembali ke bilik kerja. Selepas mengunci pintu, dia menghidupkan komputer lalu membuka bekas DVD itu dan meletakkannya pada tempat DVD di komputer. Filem itu mula terpasang. Yu Lili berasa sedikit gementar. Ketika menonton babak yang biasa, bibirnya bergetar. Yu Lili melajukan video itu dan selepas melangkau beberapa babak, akhirnya dia menemui babak klimaks.

Yu Lili menonton dengan sabar ketika pasangan di dalam filem itu bercium, berpelukan dan membuat suara erotik. Selepas menonton beberapa jenis 'ringan-ringan', dia melihat lelaki itu memasukkan zakarnya dan perempuan itu menjerit kesakitan dan keterujaan…

Tok Tok!

Tiba-tiba pintu bilik kerja itu diketuk dan membuatkan Yu Lili terkejut.

Dia segera menjerit, "Saya ada di dalam!"

Ou Ming diam seketika sebelum bertanya, "Kenapa kamu kunci pintu?"

"Saya…" Yu Lili teragak-agak seketika, kemudian berkata, "Saya sedang berlatih!"

Ou Ming tidak berkata apa-apa.

Yu Lili berasa lega apabila tiada bunyi kedengaran dari luar. Dia kembali menonton. Filem itu sudah tiba di babak penting. Proses itu amat panjang dan lelaki itu agak perlahan.

Walau bagaimanapun, Yu Lili benar-benar… tidak merasakan apa-apa…

Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka. Ketika Ou Ming melangkah masuk, dia mendengar bunyi "ah ah" daripada pembesar suara komputer. Yu Lili amat terkejut dan berasa seakan dirinya tertangkap sedang melakukan perkara yang tidak baik. Dia segera menutup skrin komputer itu.

Walau bagaimanapun, 'peperangan' masih dapat didengar melalui pembesar suara komputer itu. Pipi Yu Lili merah padam. Dia mendongak dan melihat renungan Ou Ming yang penuh makna.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C888
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ