ดาวน์โหลดแอป
96.83% Perceraian Ke-99 / Chapter 887: Membeli DVD Filem Lucah

บท 887: Membeli DVD Filem Lucah

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Yu Lili merasakan sikap Ou Ming itu teruk. Dia mengerutkan dahi dan berkata, "Kenapa kamu tak tolak sahaja? Tak elok kamu terus menangguhkan perkahwinan itu…"

Ou Ming ketawa kecil dan berkata, "Dia yang mahu berkahwin dengan saya. Sebabnya hanya kerana saya ialah Ou Ming." Dalam kata lain, jika dia bukan Ou Ming, pasti Shen Manting tidak akan memandangnya langsung. "Jika bukan disebabkan Shen Luo'an yang menjadi penyokong dia, perempuan seperti itu tak mungkin akan disukai Mama saya."

Shen Luo'an? Yu Lili terkejut lalu bertanya, "Shen Luo'an? Salah seorang antara tiga Tuan Muda di ibu kota?" Nama itu amat dikenalinya dan seakan mencucuk telinganya. Di ibu kota, siapa yang tidak kenal dengan Shen Luo'an? Sama seperti tiada sesiapa yang tidak mengenali Ou Ming dan Li Sicheng di Kingstown. Yu Lili telah tinggal di ibu kota selama lebih tiga tahun, jadi Shen Luo'an… nama itu amat dikenalinya!

"Ya dia. Shen Manting ialah adik Shen Luo'an."

Mata Yu Lili terbeliak dengan perasaan tidak percaya. Dia tidak kisah tentang Shen Manting sebelum ini, tetapi sekarang dia mula menyedari kekuatan Shen Manting. Jadi begitu ceritanya… Tidak hairanlah Mama Ou Ming memilih Shen Manting, kerana dia padanan yang sesuai, bukan? Saya pula… hanya anak yatim piatu yang tiada identiti, latar belakang ataupun kuasa.

Jauh di lubuk hati Yu Lili, satu perasaan rendah diri mula muncul tanpa dapat dihalangnya. Dia menganggukkan kepala kerana mula faham betapa jauh perbezaan dirinya dengan Shen Manting. Yu Lili berasa sedih lalu menundukkan kepalanya sambil tersenyum dan berkata, "Makanlah, makanan dah hampir sejuk."

Yu Lili tidak mampu menyembunyikan perkara yang ada di dalam fikirannya di hadapan Ou Ming. Sekali pandang Ou Ming sudah tahu apa yang dirasakan oleh Yu Lili. Mendengar kata-kata Yu Lili, dia mengangguk lalu kembali duduk di kerusinya. Selepas mereka selesai makan, Ou Ming pergi ke bilik kerjanya kerana belum menyelesaikan kerjanya.

Yu Lili membasuh pinggan mangkuk dan mengemas dapur. Selepas memastikan semuanya bersih, dia berjalan ke bilik tidur. Dia memberitahu Ou Ming sebelum keluar untuk mengambil pakaian yang dihantar ke dobi. Dalam perjalanan ke kedai dobi, Yu Lili ternampak peniaga jalanan yang menjual DVD. Perkataan besar terpampang di hadapan gerai mereka : '3 DVD 10 yuan, boleh pilih sendiri'. 

Jelas semuanya ialah DVD cetak rompak. Penjual seperti ini pasti memiliki banyak DVD 'itu', fikir Yu Lili. Dia melindungi wajahnya dengan skarf lalu menghampiri pemilik kedai dan berbisik dalam loghat Kantonis, "Boss, ada DVD 'itu'?" 

Bos itu amat pakar dengan kerjanya. Sebaik mendengar soalan itu, dia menaikkan keningnya lalu berbisik, "DVD itu lebih mahal, 15 yuan untuk dua DVD. Kamu mahu Jepun, Korea, Barat, cakap saja. Saya ada semuanya!"

Wajah Yu Lili menjadi merah padam, tetapi dia tidak lupa untuk bercakap menggunakan loghat yang dibuat-buatnya, "Mahalnya, bagilah murah sedikit."

"Cik, ini harga paling murah. Baik, kalau kamu beli dua DVD yang paling terkenal, saya akan beri satu DVD Afrika secara percuma."

Biar betul, Africa pun dia ada?

Yu Lili membayar wang kepada penjual itu dan membiarkan penjual itu meletakkanDVDnya ke dalam plastik hitam sebelum terus pulang ke rumah.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C887
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ