ดาวน์โหลดแอป
88.97% Perceraian Ke-99 / Chapter 815: Selamat Tinggal

บท 815: Selamat Tinggal

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Yu Lili berjalan ke ruang tamu sambil bernyanyi kecil. Dia mengambil buku nota dan pen lalu duduk di sebelah satu meja kecil. Bau gas semakin kuat menusuk ke hidungnya dan membuatkan wajah Yu Lili berkerut. Dia membuka penutup pen, tetapi setelah berfikir seketika, dia tidak tahu apa yang mahu ditulisnya.

Akhirnya dia melukis menggunakan pen itu. Wajah seorang lelaki semakin lama semakin jelas kelihatan. Wajah yang mengukir senyuman licik dan mata yang cantik dilakar dengan terang.

Yu Lili melihat lakarannya dan tersenyum lembut. Kemudian dia melukis dua orang bayi di bawah lelaki itu. Kedua-dua bayi itu menghisap puting dan wajah mereka saling tidak tumpah antara satu sama lain. Yu Lili ketawa dengan mata yang bergenangan.

Dia meletakkan pen ke atas meja dan mengambil telefon bimbitnya lalu membuat panggilan video kepada Lu Yihan.

Mungkin Lu Yihan sedang agak sibuk, fikir Yu Lili kerana dia mengambil masa yang agak lama untuk menjawab. Sebaik sahaja panggilan itu dijawab, Yu Lili melihat wajah yang sudah lebih dari empat tahun tidak dilihatnya. Rambut lelaki itu basah dan sehelai tuala disangkut pada bahunya menandakan dia baru selesai mandi.

"Lu Yihan."

"Ada apa?" Lu Yihan mengelap rambut sambil memegang telefonnya tanpa begitu mengambil perhatian.

Yu Lili tersenyum gembira dan berkata, "Kamu benar-benar jawab panggilan ini. Saya cuma mahu cuba."

Lu Yihan berasa agak tidak gembira mendengar kata-kata itu. "Jadi kamu hanya nak cuba nasib?"

"Ya, nampaknya saya masih agak bernasib baik," kata Yu Lili sambil memandang Lu Yihan dengan senyuman lebar. "Lu Yihan, kamu masih tiada teman wanita?"

"Itu bukan urusan kamu!" Lu Yihan berasa semakin tidak gembira. Dia melihat senyuman Yu Lili dan bertanya, "Kamu tak ada kerjakah?"

Yu Lili berasa sedih. Bau gas semakin kuat dan nafasnya menjadi semakin kencang.

Yu Lili menggeleng dan mengukir senyuman palsu. "Saya sangat sibuk, tapi saya mahu rehat sebentar dari dunia yang sibuk ini dan bercakap dengan kamu."

"Nampaknya kamu sedang gembira," kata Lu Yihan sambil menguap. "Saya mengantuk, apa yang kamu mahu cakap?"

Mendengar kata-kata itu, Yu Lili ketawa dengan kuat. "Mungkin kamu tak anggap saya kawan, tapi saya sentiasa anggap Qianqian dan kamu sebagai kawan saya. Qianqian dah hidup bahagia, jadi saya harap kamu juga akan bertemu cinta kamu dan hidup bahagia."

Lu Yihan memuncungkan bibirnya. "Kamu tak sepatutnya kata begitu. Kenapa dengan kamu?"

Yu Lili tersenyum lebar dan menggeleng lalu berkata perlahan, "Saya cuma mahu merasakan seperti ada kawan. Jika saya mati nanti, saya akan sedih jika saya tak ada kawan pun untuk berbual." Walaupun dia tahu dirinya dan Lu Yihan bukanlah seperti kawan.

"Tapi ada pepatah mengatakan: Perkara yang tidak baik tak pernah mati. Jadi kamu akan hidup sekurang-kurangnya sehingga 100 tahun," kata Lu Yihan dengan nada bergurau dan memandang Yu Lili. "Kenapa kamu tiba-tiba cakap begitu?"

Yu Lili tersenyum dan berkata, "Tak ada apa-apa. Saya cuma terlalu bosan, jadi saya mahu bercakap dengan kamu. Tapi saya serius dengan kata-kata saya tadi. Selamat tinggal, Lu Yihan," kata Yu Lili sebelum terus memutuskan talian.

Lu Yihan tidak peduli. Dia melempar telefon bimbitnya ke atas sofa dan mengambil pengering rambut.

Yu Lili melepaskan nafas lega, kemudian terus rebah ke atas sofa.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C815
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ