ดาวน์โหลดแอป
81.11% Perceraian Ke-99 / Chapter 743: Bongkar Perangai Sebenar Li Sicheng!

บท 743: Bongkar Perangai Sebenar Li Sicheng!

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Bongkar perangai sebenar Li Sicheng! Entah kenapa, Su Qianci merasakan ayat itu amat keterlaluan. Suara dalam hatinya berteriak: kamulah talam dua muka! Walau bagaimanapun, dia tidak mampu berkata apa-apa tidak kira betapa kecewanya hatinya. Dia memintas Lu Yihan lalu berjalan terus ke arah lif dan menekan butang turun.

Lu Yihan menyedari angin Su Qianci tidak baik dan tidak lagi berkata apa-apa.

Di dalam lif, Su Qianci bertanya, "Mana budak-budak itu?"

"Mereka bermain di bawah. Shuang Yu, Cheng dan De ada jaga mereka. Tak akan ada apa-apa masalah."

"Okey." Su Qianci berasa lega mengetahui anak-anaknya ada bersama pengawal-pengawal peribadi itu.

Mereka turun dan keluar dari hotel. Su Qianci melihat Lu Yihan menggunakan kereta yang lain iaitu sebuah kereta Bentley hitam. Model ini cantik tetapi tidak pantas. Selepas masuk ke dalam kereta, Su Qianci memakai tali pinggang keledarnya dan bertanya, "Hotel itu di mana?"

"Tak jauh dari sini. Saya akan bawa kamu ke sana." Lu Yihan memandang cermin sisi dan riak wajahnya kelihatan mencurigakan. Tetapi Su Qianci tidak dapat meneka apa sebabnya.

Kereta Lu Yihan berhenti di hadapan sebuah hotel mewah. Belum sempat Su Qianci menanggalkan tali pinggang keledarnya, tiba-tiba Lu Yihan berteriak, "Tengok tu, bukankah itu Li Sicheng?"

Su Qianci menoleh ke arah yang ditunjukkan Lu Yihan dan melihat satu susuk tubuh yang tinggi. Rambut orang itu pendek dan badannya tegak. Su Qianci hanya dapat melihat belakangnya dan tidak melihat wajahnya. Lelaki itu membawa sebuah beg merah pada bahunya. Su Qianci hanya memandangnya sekilas. Belum sempat dia melihat lebih jelas, lelaki itu sudah masuk ke dalam sebuah kereta.

Su Qianci belum pasti sama ada lelaki itu benar-benar Li Sicheng, tetapi Lu Yihan sudah memandu kembali dan mengejar kereta itu. Lelaki di hadapan mereka memandu dengan laju seakan terburu-buru.

Lu Yihan berkata, "Pegang kuat-kuat. Saya perlu kejar dia."

"Tunggu Yihan, itu mungkin bukan dia."

"Kamu nampak muka dia? Kamu pasti bukan dia?" Lu Yihan berkata dengan agak tergesa-gesa. "Ini melampau. Dia bawa beg tangan wanita lagi. Perkara ini tak boleh bertolak-ansur!"

Disebabkan suara Lu Yihan amat yakin dan penuh amarah, emosi Su Qianci mula terpengaruh. Li Sicheng membawa beg tangan wanita! Ini tak boleh diterima!

Lu Yihan menekan minyak dan berjaya mengejar kereta itu. Porsche merah itu kini berada di tepi mereka. Ia kelihatan agak menawan. Tetapi ia bukan gaya Li Sicheng… Jikalau Li Sicheng menyewa kereta sekalipun, pasti dia akan memilih hitam atau putih? Kereta merah ini lebih kelihatan seperti gaya Lu Yihan.

Su Qianci merasakan sesuatu yang tidak kena. Kereta mereka kini berada di atas lebuh raya dan masih mengejar kereta Porsche merah yang menarik perhatian itu. Kebiasaannya pemandu akan menghentikan atau memperlahankan kereta mereka apabila mendapati sedang diekori. Namun kereta di hadapan mereka bergerak semakin laju seakan takut berjaya dikejar.

Lu Yihan memandu lebih pantas mengejar Porsche itu. Tidak lama kemudian mereka telah meninggalkan pusat bandar. Tiba-tiba, Porsche itu memercikkan kelopak bunga ros yang sangat banyak. Beberapa kelopak ros melekat di cermin hadapan kereta Lu Yihan dan beterbangan dari hadapan. Pemercikan itu menghasilkan pemandangan yang amat luar biasa cantiknya. Kereta mereka terus meluncur laju dan semakin jauh ke dalam subbandar.

Setelah Tuhan sahaja tahu berapa lama, ketika Su Qianci sudah hampir muntah kerana kelajuan kereta itu, kereta di hadapan mereka tiba-tiba berhenti. Tempat mereka berhenti itu tidak dapat dikenalpasti lokasinya. Hutan itu diselubungi cahaya bulan yang samar-samar.

Seorang lelaki keluar dari kereta di hadapan. Dia ialah lelaki tinggi yang membawa beg tangan berwarna merah tadi. Lelaki itu berpaling ke arah mereka. Dia ialah seorang lelaki Irish yang biasa. Dia tersenyum dan mengangkat ibu jari ke arah Lu Yihan. Lu Yihan tersenyum dan menoleh ke arah Su Qianci.

Su Qianci kelihatan terpinga-pinga. Belum sempat dia berkata apa-apa, satu cahaya yang terang muncul dari hadapan dan mengaburi pandangannya.

Tiba-tiba, seluruh tempat itu dilimpahi cahaya putih yang amat cantik.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C743
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ