ดาวน์โหลดแอป
67.35% Perceraian Ke-99 / Chapter 617: Pulang Cepat, Dia Sudah Tiba…

บท 617: Pulang Cepat, Dia Sudah Tiba…

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Cepat pulang, cepat pulang, cepatlah pulang! Jika kamu tak pulang sekarang, kita akan mati!

Jantung Jing Sao berdegup kencang. Tiba-tiba kedengaran bunyi bising dari luar, diikuti dengan bunyi kasut tumit tinggi melangkah ke arahnya.

Ya Tuhan, cepatnya dia sampai?

Jing Sao menahan nafas tanpa sedar dan menekan satu butang yang tersembunyi di sebalik kolar bajunya. "Cepat, dia dah datang…" Suaranya amat perlahan, tetapi ia tidak perlu kerana telah tenggelam dalam bunyi derapan kasut tumit tinggi yang kuat itu.

Jing Sao cuba menenangkan dirinya dengan menarik nafas dalam. Serentak itu juga, riak wajahnya terus berubah biasa.

Apapun, cuba lengahkan dia.

Susuk tinggi Tang Mengying semakin hampir. Wanita itu sedang menerangkan sesuatu melalui perbualan telefon dengan senyuman nipis. Jing Sao terus dapat mengagak dengan siapa dia berbual apabila melihat Tang Mengying begitu merendah diri. Orang yang dapat membuatkan Tang Mengying berkelakuan begitu sudah semestinya pihak pengurusan.

Jing Sao menundukkan kepalanya sedikit. Dia berdiri di hadapan pintu besi itu dan memanggil, "Cik."

Tang Mengying mengangguk dan terus bercakap di telefon, "Okey, saya akan periksa dan rakam video untuk kamu. Tapi kamu nampak kan pagar-pagar besi yang dah dipasang di sini. Mana mungkin dia mampu melarikan diri? Kalau dia dapat lari sekalipun, dia terlalu ketagih dan pasti kembali untuk dadah."

Pihak yang bercakap dengan Tang Mengying mengatakan sesuatu, tetapi Jing Sao tidak dapat mendengarnya.

Tang Mengying ketawa kecil dan berkata, "Itu cuma spekulasi. Bagaimana orang itu boleh kelihatan seperti Li Sicheng? Li Sicheng tak mungkin akan warnakan rambut dan pakai subang. Tambahan pula, macam mana dia boleh sekuat itu? Kamu tahu kan bagaimana keadaan penagih dadah. Jika dia kuat, dia pasti dah melarikan diri lama dahulu. Kenapa dia nak tinggal di sini dan buat kerja untuk kita? Lagipun dia selalu gagal apabila cuba larikan diri."

Pihak di sana kedengaran sedang marah dan suaranya dapat didengar dengan tidak begitu jelas. "Apapun, mari lihat sama ada dia masih ada di dalam atau tidak!" 

Tidak, tidak!

Nafas Jing Sao mula menjadi kencang.

Li Sicheng pasti belum dapat kembali secepat ini. Apa yang patut saya lakukan? Apa yang patut saya lakukan?

Tang Mengying menamatkan panggilan itu dan memandang Jing Sao. "Buka pintu ni. Apa yang kamu tunggu?"

Jing Sao merasakan jantungnya seperti hampir terkeluar. Dia menundukkan kepalanya dan berkata, "Dia baru ambil dadah dan sedang tidur. Dia tak boleh lari."

Mendengar kata-kata itu, Tang Mengying menaikkan sebelah keningnya dengan curiga dan bertanya, "Apa yang kamu dah buat kepada dia? Kamu tak berani buka pintu ini. Adakah…"

Jing Sao menjadi panik dan segera menggeleng sambil berkata, "Bukan, cuma…"

"Apa dia?"

Pelbagai perkara bermain dalam fikiran Jing Sao. Tiada sesiapa di dalam, tiada sesiapa! Apa yang patut dilakukannya sekarang? Adakah dia patut membiarkan sahaja perempuan ini masuk? Jantungnya terus berdegup kencang. Dia berasa lebih gementar saat ini berbanding ketika pertama kali dia memulakan penyamarannya lama dahulu.

Tang Mengying bertambah curiga apabila melihat riak wajah Jing Sao. "Jing Sao, saya sangat percayakan kamu. Buka pintu ini." 

Jing Sao menundukkan kepalanya dan mengangguk, lalu mengeluarkan segugus kunci dari dalam poketnya. Kebiasaannya walaupun pergerakannya tidak pantas, dia tidak berani untuk berlengah-lengah apabila membuka pintu di hadapan Tang Mengying.

Tetapi hari ini, pergerakannya kelihatan amat perlahan. Sungguh pelik! Kecurigaan Tang Mengying semakin bertambah. Dia terus merampas kunci itu dari tangan Jing Sao dan menolaknya sambil bertanya, "Apa yang kamu dah buat dan tak mahu saya tahu?"


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C617
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ