ดาวน์โหลดแอป
48.47% Perceraian Ke-99 / Chapter 444: Lelaki Penuh Muslihat

บท 444: Lelaki Penuh Muslihat

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng menelefon Luo Zhan sekali lagi. "Cari maklumat tentang wanita ini secepat mungkin. Aku nak apa-apa saja yang kau boleh cari, alamat dan identiti dia!"

"Faham."

Song Yifan sudah hilang minat untuk membawa mereka berjalan-jalan dan ia dapat dilihat oleh Li Sicheng. Su Qianci juga sudah letih, jadi mereka memutuskan untuk balik. Walau bagaimanapun, mereka bertembung dengan dua orang yang langsung tidak dijangka-jangka.

Cheng You sangat berat hati apabila ibunya memaksanya bersiar-siar bersama Rong Rui. Pasti Rong Rui sudah memukau ibu bapanya ketika dia sedang berjalan kaki balik ke rumah! Ibunya sangat menyukai Rong Rui dan ayahnya yang disangka tidak akan mudah terpedaya juga telah dipukau sepenuhnya oleh Rong Rui.

Walaupun berat hati, Cheng You terpaksa mengikuti arahan ibunya yang sedang melihat mereka dari jauh. Rong Rui memegang tangannya dan sengaja berjalan dengan sangat perlahan. Menyedari Cheng You sedang gementar, malu dan teragak-agak, dia berasa gembira.

Cheng You senyum terpaksa sambil mengetap giginya dan berbisik, "Jalanlah cepat sikit. Tinggalkan ibu saya!"

Rong Rui menjelingnya sekilas dan berkata tenang, "Ibu kamu sangat berharap dapat lihat kamu bersama teman lelaki. Dia rasa saya orang yang sesuai."

"Sesuai konon! Ibu saya tak tahu kamu siapa, tapi saya tahu. Kamu ada muslihat dan kebetulan ibu sedang cuba carikan saya teman lelaki."

"Ya saya ada muslihat. Tapi hanya untuk dapatkan kamu."

Hati Cheng You berdegup laju sebaik mendengar kata-kata itu. Dia cuba menarik tangannya tetapi ia dipegang erat oleh Rong Rui. Tangan Rong Rui besar dan agak kasar. Cheng You dapat merasakan tangan itu yang hangat. Wajahnya menjadi kemerahan dan dia berpaling ke arah lain. "Ha, saya tak bodohlah."

Rong Rui menyedari reaksi Cheng You lalu tersenyum, "Tak apa. Kamu boleh jadi bodoh bila-bila masa. Saya tak akan tinggalkan kamu kerana itu."

Cheng You berasa marah dan menendang Rong Rui. "Cepatlah! Bintang kamu kura-kurakah?"

"Ishhh. Ibu kamu nampak," kata Rong Rui sambil menunjuk ke arah ibu Cheng You.

Cheng You berpaling ke belakang dan melihat ibunya sedang merenungnya tajam. Dia senyum terpaksa lalu memandang ke hadapan dan berkata, "Tolonglah jalan cepat sikit. Saya nak terkencing."

"Kamu baru guna alasan itu kurang 10 minit lepas."

Cheng You menjeling lelaki itu dengan tajam. "Saya selalu rasa nak kencing. Kamu ada masalah dengan itu?"

Rong Rui tersengih dan menunjukkan barisan giginya yang cantik. Kacak juga… Tetapi sayangnya dia lelaki miang! Fikir Cheng You sebelum memandang ke hadapan dan ternampak Su Qianci yang sedang melambai ke arah mereka. Seorang lelaki tinggi sedang berjalan di sebelah Su Qianci.

Sebaik melihat Cheng You dan Rong Rui berjalan bersama, Li Sicheng kelihatan agak terkejut dan juga berminat. Cheng You merasakan seolah-olah dirinya disambar petir. Dia terus cuba melepaskan tangannya daripada Rong Rui. Walau bagaimanapun, genggaman tangan Rong Rui lebih kuat daripada apa yang disangkakannya. Lelaki itu langsung tidak mahu melepaskannya!

Sebaik melihat Li Sicheng dan Su Qianci, Rong Rui menarik Cheng You dan mendekati mereka. "Kebetulan pula. Kamu berdua juga ada di Kota Dan."


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C444
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ