ดาวน์โหลดแอป
48.25% Perceraian Ke-99 / Chapter 442: Apa Hubungan Mereka?

บท 442: Apa Hubungan Mereka?

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

"Ayah Yifan adalah satu-satunya guru muzik di sini. Dia bermain piano dan violin. Saya juga adalah wanita yang dikenali di sini. Kami sangat dihormati di pekan ini… Alangkah bagusnya jika Xuan tidak pernah muncul dalam keluarga kami…" Ibu Song Yifan berkata dengan penuh penyesalan. "Saya layan dia seperti anak sendiri selama tiga tahun. Tiga tahun. Jika saya ada anjing, pasti anjing itu sudah balas jasa saya. Tapi gadis itu pergi begitu saja pada hari perkahwinannya dan beri tamparan hebat kepada kami!" Selesai mengatakannya, Ibu Song Yifan memukul dadanya sendiri dengan kuat.

Song Yifan terkejut dan segera menghentikan ibunya. "Mak!"

Air mata berlinangan di wajah wanita tua itu. "Sakit! Ia seolah tamparan yang kuat kepada kami dan masih menyakitkan walaupun dah bertahun-tahun berlalu! Apa yang saya buat pada dia? Dia hanya tinggalkan satu nota dan terus hilangkan diri. Malah saya tak tahu sama ada dia masih hidup atau tidak. Saya bencikan dia!"

Su Qianci turut berasa sebak melihat tangisan wanita itu. Dia mengambil tisu dan cuba menyapu air mata ibu Song Yifan.

Tiba-tiba wanita tua itu memegang tangannya dan memanggil, "Xuan!"

Su Qianci terkejut dan menggeletar. Li Sicheng segera menarik Su Qianci dan mahu menepis tangan wanita tua itu.

Walau bagaimanapun, Song Yifan menghentikan Li Sicheng dan menggelengkan kepalanya.

Su Qianci yang ketakutan berkata, "Nenek, saya Su Qianci, bukan Xuan."

"Oh…" Riak wajah ibu Song Yifan berubah lembut. "Panggil saya nenek lagi. Ia seronok didengar."

"Nenek…" Su Qianci memanggilnya perlahan.

Ibu Song Yifan tersenyum dan membelai rambut Su Qianci. "Budak baik, nanti Nenek masak untuk kamu. Ini teman lelaki kamu?"

"Ini suami saya. Kami dah berkahwin."

"Oh… kahwin. Anak Yifan dah kahwin. Tuanya saya…" dia menggumam dan bangun. "Nenek nak pergi masak."

Song Yifan menahan ibunya dan berkata lembut, "Mak, kita ke restoran. Nenek Yang balik ke sini sempena Tahun Baru. Jom kita makan di luar, okey?"

"Itu membazir. Ayah kamu akan marah pada kamu nanti."

"Hari ini perayaan. Kali ini saja, okey?"

Ibu Song Yifan menjeling anaknya dan merungut perlahan.

 "Jom Mak. Saya bawa Mak." Song Yifan memegang tangan ibunya lalu berjalan perlahan-lahan.

Su Qianci yang memerhatikan mereka dari belakang berasa agak sedih. Keluarga ini menjadi begini disebabkan oleh Rong Xuan. Jika Rong Xuan tidak tinggal di sini, Song Yifan pasti sudah berkahwin dan Sheng Ximing tidak akan menderita. Su Qianci tidak pernah memberitahu sesiapa tentang pertemuannya dengan Rong Xuan, tetapi sekarang dia mahu menceritakannya.

Selepas makan tengah hari, Song Yifan menidurkan ibunya sebelum berjalan keluar dari bilik. Su Qianci menghampiri bapa angkatnya dan berkata, "Saya nampak Rong Xuan tempoh hari." Ketika itu Song Yifan sedang mengelap cawan. Sebaik mendengar kata-kata Su Qianci, cawan itu terlepas dari pegangannya dan jatuh ke atas meja.

Anehnya, cawan itu baik-baik sahaja. Begitu juga perasaan Song Yifan. Sambil tersenyum, dia meneruskan kerjanya dan berkata, "Tak mungkin. Dia dah meninggal dunia."

"Memang dia. Waktu saya di hospital, saya nak pergi lawat Encik Rong Haiyue…" Tiba-tiba Su Qianci terdiam. "Tunggu, Rong Xuan, Rong Haiyue… Apa hubungan mereka?"


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C442
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ