ดาวน์โหลดแอป
21.06% Perceraian Ke-99 / Chapter 193: Rumit

บท 193: Rumit

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Ketika Sunny sedang berasa teramat cemburu, dia tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Jika dia membuatkan Puan Li kelihatan lebih menawan, mungkin dia akan dapat kenaikan gaji daripada Li Sicheng? Betul, kenaikan gaji! Sunny bingkas bangun dan kelihatan penuh bersemangat.

Su Qianci tidak faham bagaimana emosi Sunny boleh berubah dalam masa kurang dari satu minit. Dia hairan melihat wanita itu pada mulanya kecewa dan tiba-tiba bertukar gembira. Pada kehidupan lalu, dia pernah mendengar khabar angin yang mengatakan Sunny mempunyai masalah mental. Mungkin khabar angin itu benar?

Sunny langsung tidak mengetahui apa yang difikirkan Su Qianci. Dia terus sibuk dengan solekan dan penampilan Su Qianci. Satu jam kemudian, akhirnya dia selesai menyiapkan isteri Li Sicheng itu. Su Qianci berasa sedikit letih, tetapi terus terpegun sebaik melihat dirinya dalam cermin apabila Sunny berganjak ke tepi.

Melihat riak wajah Su Qianci, Sunny berkata dengan bangga, "Saya sendiri pun kagum. Kamu nampak teramat cantik."

Betulkah itu dirinya? Raut wajah yang sama kelihatan lebih lembut dengan sentuhan solekan. Walau bagaimanapun, berbeza dengan rupanya yang biasa, Su Qianci kini kelihatan lebih moden dan anggun. Su Qianci hampir tidak percaya dia sedang memandang dirinya sendiri. Rambutnya dipin ke atas kecuali dua helai yang dibiarkan beralun di tepi.

"Cuba berdiri." Sunny membetulkan baju yang dipakai Su Qianci dan berteriak, "Sempurna!" Kemudian, dia memandang leher, pergelangan tangan dan telinga Su Qianci. "Kita perlukan sedikit barang kemas."

"Saya ada beberapa…" Su Qianci bersuara. Dia cuma jarang memakainya.

"Tak apa." Sunny melihat jamnya dan berkata, "Sudah hampir masanya. Saya akan bawa kamu turun ke bawah."

"Bawah?"

"Untuk bertemu suami kamu." Sunny tidak sabar mahu melihat reaksi pada wajah Li Sicheng.

*****

Sebaik melihat maklumat yang dikumpulkan Cheng You, dahi Li Sicheng berkerut ketika dia bertanya, "Ini saja?"

Cheng You mengangguk. "Nampaknya ada seseorang sengaja menyekat atau mengaburi maklumat itu. Saya sudah menyiasat di seluruh Kingstown dan hanya ini yang saya berjaya dapatkan. Pengarah rumah anak yatim yang didiami Puan dulu sangka gambar Puan ialah gambar ibunya, jadi ia bermaksud wajah mereka berdua sangat mirip. Jadi saya pasti Rong Xuan adalah ibu Puan. Tapi…" Cheng You mengeluarkan satu fail dan meletakkannya di hadapan Li Sicheng. "Encik Song Yifan tiada kaitan dengan Puan."

"Jadi, bagaimana dengan Sheng Ximing?"

Cheng You berasa keliru. "Maksud Encik Li…"

"Cuba dulu."

"O… Okey." Jika ia benar, hubungan antara mereka akan menjadi rumit. Song Yifan dan Sheng Ximing kawan baik, dan mereka mencintai wanita yang sama. Jika anak wanita itu bukan anak Song Yifan, tetapi anak Sheng Ximing, itu bermakna…"Sudah tiba masanya, Encik Li."

"Jom."

Ketika mereka berdua keluar dari kafe itu, mereka terserempak dengan seseorang yang dikenali. Song Yifan terkejut melihat Li Sicheng, tetapi dia terus bertanya, "Boleh kita bercakap sekejap?" Li Sicheng memandangnya dengan tenang dan menaikkan keningnya tanda bertanya. "Ini tentang Su Qianci."


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C193
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ