ดาวน์โหลดแอป
54.45% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 159: Bab 159

บท 159: Bab 159

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

"Jeneral." Penolong jeneral He Xiao, Ge Qi, iaitu seorang lelaki berusia kira-kira 20 tahun. Seperti ramai askar lain, bapanya juga seorang askar yang telah membelot ke pihak bandar maharaja, pemuda ini telah dibesarkan di Yan Bei sejak muda dan pada masa ini, dia telah kembali ke tanah airnya dengan penuh bertekad dan berani, juga dengan harapan memulihkan nama bapanya. "Jeneral, tentera Xia sudah dekat."

Chu Qiao tetap berdiam jadi Ge Qi berkata, "Bandar Chidu tidak akan dibuka, mari kita pergi."

Chu Qiao langsung tidak terpana apabila wanita muda ini merenung pintu pagar bandar Chidu lalu menjawab dengan tenang, "Mari tunggu sekejap lagi."

Masa berlalu perlahan dengan angin yang mengaum tidak berubah seperti makhluk yang ganas manakala persekitaran yang tenang kelihatan bising bersama burung helang mengelilingi langit sambil melebarkan sayap gergasi putih mereka yang kelihatan cukup besar untuk menutupi separuh langit.

Ge Qi mengerutkan dahinya, seolah-olah terdengar kuda Tentera Xia yamg sedang menderap dari jauh, laku pemuda ini melangkah dan berkata, "Jeneral, kalau kita pergi sekarang, kita masih boleh melepaskan diri."

"Kita tunggu sekejap."

"Jeneral, pasukan tentera Xia itu terlalu kuat. Jika kita bertarung dengan mereka di dataran, kita pasti tidak akan dapat menghalang mereka."

"Tunggu sekejap saja lagi."

Chu Qiao berasa tenang sambil angin yang menghembus mengangkat topinya sedikit lantas mendedahkan wajahnya yang cantik. Kuda wanita ini yang tadinya mengangkat kedua telapuk hadapan kini menghenyakkan kakinya ke atas tanah dengan bunyi berdentum. Masa berlalu begitu perlahan semasa kumpulan tentera Chu Qiao menunggu dalam kesenyapan bersama angin yang bertiup melintasi tanah menerbangkan cebisan-cebisan rumput yang yang putus di atas tanah bersalji. Jantungnya terasa hangat, boleh merasakan rentak nadinya yang rancak. Satu, dua, tiga kali...

"Jeneral!" Sebuah suara tiba-tiba bergema dan seorang peninjau berpakaian kuning terus meluru ke arahnya sambil meneruskan, "Tentera Xia sudah melepasi Pergunungan Helan dan sedang maju ke arah Lintasan Chiyuan dengan cepat! Mereka mempunyai 20,000 askar berkuda di barisan hadapan, diikuti dengan banyak askar dan banyak batalion infantri. Saya tak begitu jelas dengan bilangan tentera mereka. Jeneral, mereka dah bunuh berpuluh-puluh tentera yang mengawal Lintasan Chiyuan dan juga menangkap pengintip kami. Mereka semakin dekat dan telah melepasi selat pertama! "

Laungan ngeri bergema di kalangan orang ramai. Adakah musuh sebenarnya begitu pantas? 20,000 askar berkuda ringan, askar berkuda berat yang tidak terkira jumlah bilangan tenteranya, hampir 100,000 askar yang berjalan kaki... Angka-angka itu memang benar-benar menakutkan. Sekiranya mereka bertempur di sini, Garison Utusan Barat Daya pasti akan dihapuskan tanpa sebarang erangan.

"Ketua Jeneral," Ge Qi mengerutkan keningnya dan berkata, "Di mana ada kehidupan..."

"Jeneral! Tengok itu!" Salah seorang pemimpin bahagian tiba-tiba berseru sambilmenuding jari menunjuk ke arah pintu kota Chidu yang lantas membuatkan setiap ahli tentera memalingkan kepala mereka. Sehelai bendera putih dan merah berkibar tinggi di atas dinding bandar yang tinggi lalu pintu bandar Chidu yang telah diperkukuh perlahan-lahan diturunkan.

Pintu Bandar Chidu telah dibuka!

"Ya!" para askar bersorak gembira.

Chu Qiao melepaskan nafas lega sebelum menunggang kudanya dan bergegas ke depan, berkata dengan kuat, "Masuk ke dalam bandar!"

Segarisan kehitaman tiba-tiba muncul di kaki langit ketika pintu gerbang kota ditutup dan lantas bunyi gemuruh bergema rendah dari Sungai Chishui yang terletak di kejauhan.

"Siapa kamu? Kof, kof... Saya tentera yang bertanggungjawab untuk melindungi Bandar Chidu di Yan Bei ini. Putera Yan... Kof, kof... Dah beri kenyataan bertulis tangan secara peribadi untuk mengistiharkan yang saya merangkul pangkat rasmi sebagai pegawai peringkat ketiga. Saya seorang cendekiawan terkemuka dari kumpulan tahun 748. Pangkat saya dah diiktiraf di hadapan istana. Kenapa kamu ini biadap sangat? Kof, kof, kof... "Seorang lelaki dalam lingkungan usia 60 hingga 70 tahun berleter lantang dengan topinya yang sudah terpesong ke satu arah, sementara dia memakai sebelah kasut sahaja manakala kasut sebelah lagi diseret dengan kakinya, Pakaiannya pula berkedut akibat telah dihalang kuat oleh dua orang tentera Garison Utusan Barat Daya yang risau jika dia berbuat sebarang pergerakan dahsyat. Namun hal yang paling menyedihkan ialah apabila melihat puluhan tentera di bawah pimpinan tentera tua ini yang sedang tercegat berselindung di satu sudut, anak mata mereka jelas memancarkan kemahuan mereka untuk menukar pakaian seragam yang sedang dipakai. Jelas sekali ahli-ahli tentera ini memang langsung tidak berniat untuk menyertai sebarang pertempuran.

Chu Qiao tiba-tiba berasa marah apabila memikirkan sebuah bandar yang memegang kepentingan strategik yang besar sebegitu telah diserahkan kepada kumpulan si bahlol ini. Walau bagaimanapun, ironinya, wanita ini juga menyedari jika bukan kerana si bahlol ini juga, dia pasti tidak akan dapat memasuki Kota Chidu.

"Jeneral, nasib baik tak ada yang terkorban!" He Xiao berjalan dan berlutut di hadapan Chu Qiao dan lantas wanita tersebut menyedari darah yang tercalit pada seragam biru laut milik pemuda itu, menandakan mereka telah terlibat dalam pertempuran sebentar tadi.

Kerongkong Chu Qiao tiba-tiba terasa tersekat, lalu dia menghulurkan tangannya untuk membantu He Xiao sebelum berkata dengan suara yang rendah, "Komander He, kalau Yan Bei dapat terhindar daripada malapetaka yang bakal berlaku sebentar lagi, awak pasti akan terpilih untuk mendapat penghargaan negara kita."

"Saya... Saya menduduki kedudukan ke-48 di bahagian ketua di Kesatuan Da Tong. Kof, kof.. Sayalah tulang belakang Yan Bei dengan pengalaman saya yang melebihi 30 tahun. Kebanyakan tentera-tentera di sini anak-anak murid saya. Kof, kof… Kamu melayan saya seperti ini lagi, saya akan…"

"Diam!" Suara Chu Qiao kedengaran dingin sebelum dia melangkah dengan perlahan sambil merenung pengawal tua Bandar Chidu tersebut dengan dingin. Wanita ini masih muda namun renungan matanya itu penuh berbaur dengan kesungguhan dan juga kekejaman.

Suara pengawal tua ini perlahan-lahan memudar di sebalik renungan wanita muda tersebut, lantas menyebabkan dia berasa seperti telah dihina jadi lelaki ini mengumpul keberaniannya dan menjawab, "Kesatuan pasti akan menahan kamu untuk dihadapkan ke penghakiman, pembelot!"

Rakyat Bandar Chidu dari semua lapisan masyarakat terus berasa terkejut lantas melangkah keluar dari pintu rumah mereka dan berdiri di atas tanah bersalji, merenung ke arah 7,000 askar yang kelihatan ganas sedang memasuki bandar tersebut

"Ah! Kamu sedang buat apa ini?" Kaki pengawal bandar tua ini hampir diheret oleh para pengawal lalu menyebabkan dia kehilangan keseimbangan dan hampir terjatuh di tanah sebelum menengking lantang, "Berani betul kamu ini! Berani betul kamu biadap dengan aku! Aku menduduki tempat ke-48 di bahagian Ketua-Ketua Terhormat. Aku dah menyertai kesatuan ini selama 33 tahun! Para komander dalam tentera ini semuanya pelajar aku, kof, kof... Aku seorang cendekiawan tertinggi, memegang 12 undi di Dewan Da Tong. Kamu memonopoli pasukan tentera kamu untuk diri kamu sendiri, menipu rakan-rakan seperjuangan kamu... Aku akan beri balasan yang setimpal ke atas kamu atas nama Kesatuan Da Tong! Aku akan halau kamu dan pecat kamu dari segala bidang kuasa ketenteraan kamu! Aku akan merampas semua harta benda kamu, aku akan..." Suara orang tua itu tiba-tiba berhenti bagaikan bunyi hon yang telah disekat.

Bayang-bayang wanita muda dan pengawal tua tersebut terpampang megah di atas tembok bandar yang tinggi bersama angin yang meniupkan pakaian mereka yang jelas menunjukkan pakaian seragam tentera Yan Bei. Rambut berwarna hitam dan yang beruban menari-nari di udara tanpa seorang pun yang menguturkan sepatah kata, berdiri di atas pintu gerbang bandar sambil melihat ke arah kejauhan.

Tentera dan orang awam di Bandar Chidu berasa kebingungan dengan sebahagian daripada mereka yang berkumpul dan memanjat tembok bandar dengan terpegun apabila melihat babak tersebut, yang membuatkan lebih ramai yang mendaki perlahan. Seorang, dua orang, tiga, sepuluh, seratus, seribu... Orang ramai berkumpul di atas tembok bandar dengan raut wajah yang panik lantas suasana penuh berbaur dengan semangat yang patah apabila merenung ajal dan juga terhidu bau kematian yang tidak pernah sebegitu dekat dengan mereka sebelum ini.

Matahari bersinar terang di langit terpantul pada kepala rakyat jelata dengan bayang-bayang hitam yang tidak dapat dikenali yang kelihatan seperti bunga Huoyun di Dataran Huolei mula memenuhi keseluruhan landskap bandar. Angin yang bertiup lembut menyebabkan emping-emping salji bertaburan di udara lantas menjadikan lapisan kabus putih dan boleh dilihat tentera yang berwarna keperakan tiba-tiba meluru bagaikan gelombang air banjir yang menyelubungi keseluruhan dataran bersalji. Mereka dilengkapi dengan lembing panjang dan pedang perak yang berkilat. Para tentera tersebut semuanya dilengkapi dengan lembing yang tajam dan pedang yang berkilau terang bersama kuda pertempuran mereka yang sihat dan hebat, manakala bendera mereka berkibar tinggi di udara. Pasukan bahagian belakang tentera mereka tidak dapat dilihat kerana pasukan tersebut berterusan selama lebih lima kilometer yang termasuklah pasukan tentera berkuda ringan dan berat, pemanah yang berpengalaman, dan juga pasukan tentera yang berperisai teguh. Mereka juga mempunyai batalion yang tidak terkira, daripada pasukan bantuan sehinggalah pasukan sokongan bahagian belakang dan juga angkatan tentera berpengangkutan ...

Hampir keseluruhan Pasukan Tentera Xia berkumpul di kawasan ini bagaikan gerudi ketenteraan berskala besar yang membuatkan para pegawai dan tentera Bandar Chidu, bersama dengan orang awamnya terpana, malah Garison Utusan Barat Barat Daya juga seram sejuk apabila melihatnya. Pada ketika ini, mereka seolah-olah baru tersedar betapa menakutkannya musuh yang sedang berhadapan dengan mereka ini. Empayar Xia telah menjajah tanah besar Hongchuan selama lebih dari 300 tahun dengan mengekalkan kezaliman ke atas Benua Meng Barat, sekaligus menindas empayar Tang, Song dan lautan timur Nanqiu selama beratus-ratus tahun itu. Bagaimanakah semangat juang mereka dapat terhakis hanya dengan pemberontakan di Zhen Huang? Kini, mereka bangkit setelah melenturkan badan mereka, bersiap sedia untuk memusnahkan pasukan-pasukan yang telah mengancam pengaruh kuasa mereka!

"Selepas pertempuran ini, kalau awak masih hidup," Chu Qiao berpaling dan merenung lelaki tua tersebut sebelum berkata tenang, "Saya akan bersiap sedia untuk menghadapi hari pendakwaan awak." Setelah itu, lelaki tua itu lantas terjatuh berdebap ke tanah namun Chu Qiao sedikit pun tidak menoleh ke arah lelaki itu sebelum berpaling ke arah dataran yang terletak di bandar. Rakyat jelata semuanya memberi laluan kepada wanita ini semasa perjalanannya ke sana dengan angin yang meniup lembut rambut dan jubahnya, membuatkan Chu Qiao kelihatan seperti seekor helang dengan badan wanita ini yang tegak, semangat wiranya memang memancarkan aura mengerikan. Dia berjalan ke tengah dataran lalu mengimbas orang ramai yang sedang berkumpul di bawahnya.

Raut wajah panik yang terpampang di wajah rakyat jelata membuatkan mereka kelihatan seperti arnab yang sedang mengalami kejutan namun Chu Qiao sudah sangat terbiasa dengan ekspresi wajah ini setelah melihat kejadian di Timur Tengah, Afrika, dan sempadan yang penuh konflik di Segitiga Emas Myanmar, Laos, dan Thailand. Wanita ini sudah terlalu sering melihat rakyat sesebuah negara kehilangan rumah dan harta benda disebabkan konflik peperangan yang berlaku jadi semasa Chu Qiao sedang berdiri di atas dataran pada masa ini, dia buntu untuk menggelarkan dirinya sebagai apa. Adakah dia seorang penyelamat yang akan membawa kebebasan kepada rakyat jelata negara ini? Atau adakah dia seorang pemusnah yang membawa malapetaka? Namun wanita ini tidak mampu berpatah balik lagi, dan satu-satunya jalan keluar ialah berperang!

Musuh semakin mendekati Bandar Chidu dengan begol peperangan mereka yang sedang semakin kuat kedengaran memecah gegendang telinga. Chu Qiao merenung ke arah pihak musuh dengan anak mata yang terang dan penuh yakin sebelum mengukir senyuman pahit, sedar terlalu banyak tragedi yang bakal berlaku di tanah ini pada keesokan hari, banyak keluarga yang bakal musnah sementara ada juga yang tidak akan berjumpa ahli keluarga mereka lagi. Namun, dia tidak mempunyai pilihan lain, lalu Chu Qiao meraih wajahnya perlahan-lahan, tidak sanggup untuk melihat wajah-wajah penuh harapan yang sedang merenungnya itu.

'Yan Xun, awak di mana? Bila awak akan balik? Walaupun awak berada di hujung dunia, saya masih akan berjuang bersama dengan awak!'

Di mata Xia, pengepungan bandar pihak musuh yang mempunyai pasukan tentera yang kurang dari 3,000 orang tentera ialah tugas yang mudah bagi 200,000 orang tentera namun selepas pasukan tentera milik Zhao Yang tiba di Bandar Chidu, pemuda ini tidak memerintahkan mereka untuk mengepung bandar tersebut dengan segera. Dia melepaskan ketawa sinis apabila melihat pasukan tentera Kota Chidu yang sedang bersiap sedia untuk bermati-matian melindungi kota ini, namun masih terasa lega di dalam hatinya kerana pemuda ini akhirnya mempunyai dalih lain untuk memanjangkan pertempuran tersebut. Ia memang niat pemuda ini untuk bergerak ke Bandar Beishuo kemudian manakala pasukan Zhao Qi bersama-sama dengan Pasukan Tentera keluarga Batuha boleh bertarung dengan pasukan-pasukan tentera Yan Bei terlebih dahulu.

Oleh itu, Zhao Yang telah memerintahkan orang-orang bawahannya untuk menggali parit supaya dapat dijadikan sebagai benteng sambil mengikat tali untuk menyandung kuda-kuda pertempuran dan juga meletakkan pancang di tanah untuk meradak kuku kuda. Para tentera pasukan Zhao Yang telah berlakon seolah-olah mereka sedang sibuk bersiap sedia untuk sebuah pertempuran.

Para pegawai yang mewakili putera ketiga, Zhao Qi, bergegas ke kem Zhao Yang beberapa kali untuk meminta putera tersebut supaya segera menyerang pihak musuh dan juga untuk merusuki laluan menuju ke Beishuo. Walau bagaimanapun, Zhao Yang sentiasa menjawab mereka dengan ungkapan yang aneh, mempersoalkan, "Bukan ke saya tengah menyerang sekarang?"

"Apa yang saya maksudkan, Tuanku perlu serang dengan lebih agresif." Pegawai tersebut berpeluh dingin apabila menghadapi putera keempat belas Empayar Xia yang pengaruh kuasanya semakin meningkat sebelum tergagap. "Tentera Putera Maharaja Ketiga dah bertempur dengan tentera Yan Bei. Tuanku Putera Keempat Belas, lebih cepat tentara Tuanku bergerak ke Beishuo, lebih sikit ahli tentera Garison Utusan Barat Daya yang terkorban."

"Awak ada ambil kira nyawa Pasukan Tentera Barat Laut tak?" Zhao Yang mengangkat keningnya dingin sebelum berkata, "Sebagai seorang komander tentera, tanggungjawab terbesar saya ialah mencapai kemenangan terbesar dengan pengorbanan paling sedikit. Saya perlu hargai kehidupan setiap orang tentera pasukan saya. Kalau saya menyerang dengan cuai dan terjatuh ke dalam serangan hendap pihak musuh, tentera barat daya pasti akan alami kecederaan teruk dan ini akan beri kesan yang besar kepada prestasi dan strategi keseluruhan Pasukan Tentera Xia. Siapa yang akan bertanggungjawab nanti? Awak ke, Jeneral?"


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C159
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ