ดาวน์โหลดแอป
16.78% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 49: Bab 49

บท 49: Bab 49

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

"Awas!" Jerit Zhao Song lantas menerpa ke arah Chu Qiao. Pada masa yang sama, sebuah objek yang terang melayang dari belakang dan telah mencederakan kepala Tu Da sebelum pemuda itu sempat melepaskan tumbukannya di belakang badan Chu Qiao. Pada saat ini, Chu Qiao baru sahaja selesai sujud hormat di lantai.

Tu Da membeliakkan matanya tidak percaya. Darah mula mengalir dari mulut dan lubang hidungnya dan kemudian dia rebah ke lantai seperti tidak bernyawa lagi oleh sebab kecederaan parah yang dialami di belakang kepala. Perkara ini telah berjaya menarik perhatian semua orang.

"Berani betul!" Marah Zhama lantas bangun dari tempat duduknya. "Berani betul kamu bawa senjata di hadapan Maharaja! Kamu cuba memberontak ya?"

Yan Xun masih duduk di kerusinya tanpa rasa bimbang. Dia memegang serpihan tembikar di antara jari telunjuk dan jari tengahnya sambil menjawab dengan dingin, "Cawan pun dianggap senjata ya?"

Penonton terkesima kerana tidak sangka Yan Xun hanya menggunakan serpihan cawan untuk membunuh Tu Da!

"Ayahanda, orang gaji Puteri Zhama tidak ikut peraturan kerana dia cuba menikam lawannya. Dia memang patut mati." Ujar Zhao Song dengan dingin.

Maharaja Xia hanya mengangguk setuju. Kemudian, pengawal dari kedua-dua belah bahagian muncul untuk mengheret mayat Tu Da keluar dari khemah.

"Tuan Puteri dah cukup rehat kan?" Dengan tenangnya Chu Qiao menoleh ke arah Zhama yang sudah mula gelisah lalu bertanya kepadanya. "Kalau tuan puteri masih lagi penat, bolehlah tuan puteri menyuruh orang gaji tuan puteri yang lain untuk berentap dengan saya." Sinisnya lagi.

Bangsawan dari Empayar Xia mengalihkan perhatian mereka daripada mayat Tu Da kepada Zhama. Mereka berminat untuk mengetahui bagaimana Zhama mengendalikan situasi ini kerana jelas sekali Zhama tidak berniat untuk berentap dengan Chu Qiao. Dia hanya mengemukakan cabaran kerana dia begitu yakin Tu Da mampu membunuh Chu Qiao. Sebaliknya, Tu Da pula yang mati. Jika dia berterusan menolak cabaran ini dengan alasan-alasan palsu lagi, pasti dia akan dianggap sebagai seorang pengecut yang tidak berani menyahut cabaran. Lagipun, dia sendiri yang mencabarnya. Di Barat Laut, perbuatan pengecut lebih hina daripada seorang yang suka mengelak dari tanggungjawab. Dia akan dibenci orang sekiranya hal itu terjadi.

Zhama mengetap gigi dan melibaskan cemeti miliknya. Kemudian, dia berdiri dan berkata, "Kalau begitu, marilah kita berentap. Kau ingat aku takut sangat dengan seorang pembantu rumah?"

"Tunggu dulu," Zhao Qi tiba-tiba menyampuk. Dia berdiri dari tepat duduknya dan ketawa sambil menambah lagi, "Dah lama saya tak lihat gadis yang suka memerintah seperti ini. Daripada mereka berentap seperti tadi, apa kata kita benarkan mereka berentap dengan memanah kali ini? Apa pendapat kalian?"

Semua orang memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Zhao Qi itu. Keluarga Ba Tu Ha telah mendominasi wilayah barat laut dengan pengaruh mereka yang kuat. Raja Ba Tu Lama pula merupakan seorang yang panas baran. Jika anak perempuannya tercedera di ibu negeri, kemungkinan besar hal tersebut akan menaikkan amarah dan rasa geram Raja Ba Tu Lama. Lagipun, Puteri Zhama terkenal dengan kemahiran memanahnya yang menakjubkan jadi Zhao Qi hanya berniat baik untuk menyelamatkan maruah wilayah barat laut itu.

Walaupun Chu Qiao merupakan seorang pembantu rumah, dia sangat handal dalam ilmu senjata namun kehandalannya dalam memanah masih tidak diiktirafkan. Para penonton pastinya akan berasa kecewa tetapi apakan daya kerana mereka tiada hak untuk berkata apa-apa.

Namun begitu, Zhuge Yue yang duduk di meja ketujuh di bahagian hadapan hanya mengecilkan matanya. Dia sendiri pernah menyaksikan kehandalan memanah Chu Qiao yang sememangnya menakjubkan. Jadi, dia hanya sekadar mengangkat cawannya dan meneguk air daripada cawan tersebut.

Seperti yang dijangkakan, raut wajah Zhama berubah serta merta kepada bangga. Dia mengambil busur silangnya dengan penuh keyakinan dan bergerak ke tengah dataran. "Kau dulu?" Soalnya.

"Tuan Puteri dulu. Saya tidak berani."

Zhama hanya ketawa sinis sebelum mengisi tiga anak panah ke dalam busurnya itu. Setelah dia membengkokkan busur itu, dia melepaskan ketiga-tiga anak panah dengan serentak. Anak panah tersebut terbang sepantas kilat menuju sasaran yang terletak sejauh seratus langkah ke hadapan dan mengenai pusat sasaran. Para penonton pun memberikan tepukan yang gemuruh kepadanya di atas skil yang mengagumkan itu.

Sebelum tepukan gemuruh tadi berhenti, Chu Qiao melutut ke lantai dan melepaskan anak panah dari busur yang lebih tinggi sedikit daripadanya itu dan lantas panahan tersebut menuju ke arah anak panah di papan sasaran lantas menembusi bahagian belakang kesemua anak panah milik Zhama. Sepertinya kedua-dua anak panah mereka mengenai pusat sasaran dengan serentak. Oleh itu sudah jelaslah siapa pemenangnya!

Para penonton seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh mereka. Bunyi tepukan yang tidak berhenti dari tadi malah semakin bertambah-tambah pula.

"Terima kasih kerana memberikan saya peluang, Tuan Puteri Zhama." Chu Qiao mengangguk lantas menuju ke khemah kembali.

Maharaja Xia sendiri pun terpegun. "Sudah lama saya tidak menyaksikan skil memanah seperti ini. Tambahan pula kamu seorang perempuan jadi ia sangat jarang ditemui." Ujarnya.

Chu Qiao mengangkat keningnya tetapi masih dalam keadaan melutut di lantai lantas dia pun berkata, "Terima kasih atas pujian itu, Tuanku Maharaja."

Zhao Song kemudian dengan semangatnya berkata, "Kalau begitu apa kata kita berikan ganjaran kepadanya, Ayahanda?"

Maharaja Xia memandang dingin anaknya itu lalu berkata, "Hadiahkan setiap seorang daripada mereka dengan segulung sutera."

Sudah tentu Zhao Song tidak berpuas hati dengan ganjaran yang diberikan. Namun begitu, sebelum dia sempat mencelah, dia dihentikan oleh Zhao Qi yang menjeling ke arahnya.

Seorang pegawai yang membawa dua gulung sutera menghampiri mereka lantas memberikan sutera tersebut kepada Chu Qiao dan Zhama. Setelah menerimanya, kedua-dua mereka beredar. Suasana di dalam khemah menggemparkan dan perhatian para penonton mula tertumpu kepada penari-penari yang mula melakukan persembahan. Yan Xun kemudian menoleh ke arah Chu Qiao lalu mereka bertukar senyuman.

Jamuan diraja akhirnya sampai ke penghujung, jadi Chu Qiao dan Yan Xun kembali ke khemah mereka. Ah Jing telah cedera parah manakala Zuo Tang berdiri di luar sepanjang masa untuk mengawasinya.

Yan Xun menyediakan seteko teh dan kemudiannya terduduk di kerusi sambil menikmati tehnya itu. Chu Qiao pula duduk bersebelahan pendiang sebelum menoleh dan bertanya, "Apa perasaan kau sewaktu Maharaja Xia menghadiahi Zhao Che Pedang Long Quan itu?"

"Jelas sekali dia nak beri amaran kepada suku keluarga Muhe supaya berhenti menuduh Zhao Che di atas kematian Muhe Xifeng."

Chu Qiao mengangkat keningnya dan mengangguk. "Kalau begitu, suku keluarga Wei lah yang akan disoal kan? Jangan cakap yang dia mahu membuat kebangkitan di antara suku keluarga Wei dan Muhe."

"Betul itu." Angguk Yan Xun. "Suku keluarga Muhe terlalu mendominasi. Semakin tinggi darjat mereka, semakin susah untuk dijatuhkan, sama seperti suku keluarga Ou tiga puluh tahun dulu."

Chu Qiao mengeluh kerana tiba-tiba terasa letih akibat kejadian yang berlaku pada hari ini. Banyak perkara yang berlaku pada masa yang sama dan melibatkan ramai orang lantas merumitkan lagi keadaan yang sedia ada. Dia mengusap dahinya sambil berkata, "Kalau begitu, aku balik dulu. Kau rehatlah juga."

Sebelum dia beredar, suara Yan Xun berkumandang di belakangnya. "Ah Chu, mengapa kau tak sembunyikan diri ketika Tu Da ingin menyerang kau? Kau tentu dapat mengesan kehadirannya dengan kemahiran kau untuk mengesan bahaya kan?"

Chu Qiao menoleh dan berkata dengan selamba, "Sebab kau ada di belakang aku."

Angin di luar bertiup kencang di luar khemah dan udara sejuk mula memasuki khemah. Yan Xun kemudiannya tersenyum. "Betul juga. Bodoh betul aku ini."

"Aku pergi dulu kalau begitu." Sebaik sahaja tirai dibuka, gadis tersebut pun mula beredar meninggalkan khemah itu.

Yan Xun yang berasa lega tersenyum kecil. Hatinya yang dingin mula mencair oleh sebab kemesraan dan kebaikan yang ditunjukkan. Chu Qiao telah membiarkan dirinya terdedah kepada bahaya kerana dia percaya Yan Xun akan sentiasa membantunya. Lagipun mereka bergantung harap pada satu sama lain jadi sudah tentulah mereka saling mempercayai. Yan Xun hanya boleh melelapkan matanya jika Chu Qiao berada di sampingnya dan begitu juga dengan Chu Qiao yang baru boleh tidur dengan nyenyak sekiranya Yan Xun berada di sampingnya, mereka memang saling memerlukan.

Putera muda Yan Bei mendongak ke langit malam yang sangat gelap tanpa cahaya yang bergemerlapan di sekitar. "Terima kasih Ah Chu kerana menjadi satu-satunya orang yang boleh aku percaya."

Setelah selesai membersihkan diri, Chu Qiao terasa penat. Khemah yang berkuap membuatkan dirinya bertambah penat, langsung gadis itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi panjang yang empuk untuk melelapkan matanya namun pandangannya telah tertumpu pada pedang berharga yang diletakkan di sebelah katil. Chu Qiao pantas berdiri untuk mengeluarkan pedang tersebut daripada sarungnya perlahan-lahan, cahaya hijau yang berkilau daripadanya tidak ubah dari air yang mengalir di bawah cahaya can tompokan berwarna merah yang sedikit berkilau pada pedang pula kelihatan seperti kesan darah yang baharu.

Tujuh tahun sudah berlalu. Chu Qiao telah menjangka mereka akan bertemu lagi suatu hari kelak namun tidak menjangka perkara akan menjadi seperti ini pula. Dia pasti Zhuge Yue telah ternampak luka di lehernya kerana mereka sering bertentangan seperti itu. Walau di mana pun mereka, mereka memang telah ditakdirkan untuk bermusuhan.

Teriakan sayu kanak-kanak mula bermain dalam fikirannya lagi. Tubuh yang cedera parah, karung yang dilumuri darah serta tasik yang dingin masih segar dalam ingatannya seperti sebuah filem yang mengulang tayang untuk berkali-kali. Bau cebisan daging panggang di udara membuatkan dirinya menjadi lemah terasa seperti anak panah tajam yang terpahat pada hatinya.

"Yue Er, kamu percayakan abang kelima kan? Abang akan lindungi kamu!"

Perasaan sedih dan duka terpendam dalam hatinya dan lantas pandangan mata Chu Qiao menjadi tajam. Teriakan sayu yang menjadi mimpi ngerinya pada setiap malam telah bergema kembali. Walaupun setelah tujuh tahun berlalu, teriakan penuh kesakitan milik Xiaoba sebelum dia mati di pedati tahanan di Jalan Jiu Wai masih tersemat sebagai mimpi ngeri buatnya.

"Kak Yue Er! Tolong Xioba! Kak Yue Er!"

Darah terpancut keluar dan cebisan daging manusia bergelimpangan di tanah. Muka anak kecil yang dipenggal mati itu tidak dapat dikenal pasti lagi. Pada malam yang menggerunkan itu, Chu Qiao dengan senyap-senyap telah melarikan diri daripada istana Sheng Jin untuk pergi ke pasar namun dia langsung tidak dapat mencari kepala atau tubuh badan gadis kecil tersebut sewaktu dia menggeledah kawasan yang penuh dengan mayat dan anjing liar itu, jadi dia tidak dapat membuat upacara pengebumian yang sempurna untuk adikya itu dan terpaksa membiarkan cebisan anggota badannya tertenggelam ke dasar tasik yang kemudiannya dicemari dengan warna merah.

"Xiaoba, kamu rehat dan tunggu di sini. Kakak akan balas dendam untuk kamu."

Dia menggenggam erat penumbuknya sambil mengetap bibir seperti binatang buas dengan air mata yang sudah kering pada waktu itu. Hanya perasaan benci dan amarah sahaja yang terpahat dalam dirinya.

Tujuh tahun sudah berlalu.

Zhuge Yue akhirnya kembali juga.

Nafas gadis tersebut boleh didengari pada malam yang kelam itu.

'Tahu tak aku dah tunggu kamu lama sangat.'

Gugusan bintang di langit terasa begitu jauh, angin yang ditiupkan jauh dari Yan Bei membawa udara membunuh bersamanya lantas bertiup di sepanjang dataran sebelah barat.

Ia merupakan awal musim bunga bagi tahun 773 menurut kalender Bai Chang apabila Tanah Tinggi Hong Chuan mengalami musim sejuk yang teruk bersama turunan salji yang melampau sehingga jalan dari sempadan Empayar Tang ke Zhen Huang telah ditutup dan menyebabkan perdagangan antara kedua tempat ini terhenti, secara tidak langsung mengakibatkan harga barang di ibu negeri meningkat dengan mendadak. Ramai penjual menyorokkan barang mereka dan menggunakan peluang ini untuk menaikkan harga barang asas seperti minyak, beras dan garam lantas menimbulkan kekalutan dalam ibu negeri.

Hari keenam dalam bulan ketiga, istana Sheng Jin menyeru Muhe Xiyun iaitu zuriat kandung suku keluarga Muhe dan melucutkan jawatannya sebagai pegawai istana lantas digantikan dengan Zhao Qi, anak lelaki ketiga Maharaja. Ini merupakan kali pertama dalam masa 300 tahun sejarah empayar, pejabat kerajaan ditadbir oleh seseorang daripada keluarga Zhao. Setelah itu, tiga kuasa ketenteraan Zhen Huang sekali gus berada dalam tangan keluarga mahaaja tersebut.

Zhao Qi terus mengambil alih kuasa ketenteraan dan membuat rombakan dalaman sebaik sahaja menyandang jawatannya. Ibu kandung Zhao Qi, Maharani Dowager Shu ialah kakak tiri Wei Guang yang merupakan ketua suku keluarga Wei, jadi Zhao Qi terus mendapat sokongan daripada jeneral-jeneral suku keluarga Wei disebabkan pertalian darah ini dan dalam masa tiga hari sahaja, ketenteraan telah dirombak dan munculnya muka-muka baharu. Hari kesepuluh pada bulan ketiga, Zhao Qi mengetuai pasukan tentera ke luar Zhen Huang untuk membaiki jalan dengan sendirinya supaya mereka tampil baik di mata rakyat di ibu negeri.

Pada waktu ini, ribut salji di luar ibu negeri berada dalam keadaan puncak, seekor kuda kelihatan sedang menempuh angin kencang dengan sepantas kilat dengan keadaan jalan di hadapan yang tandus tanpa tanda-tanda kewujudan seorang manusia pun manakala kawasan sekeliling hanya dikelilingi dengan warna putih dan membuatkan arah sukar untuk ditentukan.

Terpisah dengan sebuah cerun, Wu Daoya mengecilkan matanya dan berdiri di tanah yang bersalji di sebelah sana, memakai topi hijau dan salji putih sudah melekat pada keningnya. Walaupun mukanya sudah putih memucat tetapi dia masih memandang ke hadapan dengan semangat yang terpancar pada mata dengan raut wajahnya yang tenang, tiada seorang pun yang dapat membaca pemikirannya. 


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C49
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ