ดาวน์โหลดแอป

บท 8: Bab 8

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Kening askar berbadan tegap itu berkerut dan merenung Chu Qiao yang kecil. Sejak bila tuan besar lebih menggemari gadis kecil berbanding seorang wanita? Dia bertanya diri sendiri. Bingung, dia bertanya, "Siapa yang suruh kamu pergi ke sana? Kamu tahu ke kediaman luaran tuan besar tu?"

"Saya ada alamatnya." Anak gadis itu menyelongkar begnya dan mengeluarkan sehelai kertas yang kecil dan mula menunjukkan arahannya. Dia menggumam, "Lepas keluar dari kawasan kediaman, belok kiri di persimpangan yang ketiga. Restoran Fu Xiang akan berada di depan…"

"Okay," pengawal itu menyampuk percakapan Chu Qiao akibat kejengkelan. "Siapa yang beritahu kamu tentang hal ini dan kenapa tiada sesiapa yang membawa kamu ke sana?"

Kanak-kanak itu menjawab jujur, "Puan Song memberitahu saya semua ini. Dia sepatutnya bawa saya ke sana, tetapi semasa kami melintasi jambatan batu itu, dia telah tergelincir dan terjatuh ke dalam tasik berais itu. Saya nampak dia terjatuh dan tenggelam. Jadi saya tak rasa dia boleh bawa saya pergi ke sana."

"Apa?" Pengawal itu tercengang dan menggenggam erat kedua belah bahu Chu Qiao. Dia terjerit, "Siapa yang kamu kata terjatuh dari jambatan batu itu?"

"Puan Song, yang bertanggungjawab ke atas hamba-hamba di laman belakang itu."

Sebuah tamparan yang kuat telah dilepaskan ke pipi anak itu oleh pengawal berbadan tegap di hadapannya. Lalu pengawal itu mengherdik, "Budak bodoh, kenapa kau tak datang dan beritahu aku dengan lebih cepat? Cepat kalian, kita mesti pergi selamatkan dia!"

Chu Qiao jatuh ke tanah akibat tamparan itu, telinganya berdering. Melihat semua pengawal berlari keluar dengan kelam-kabut, bibirnya terjatuh dan dia tersenyum sinis tanpa emosi.

Dia akan mengingati tamparan ini.

Chu Qiao bangkit dengan pantas. Memegang begnya di tangan, dia berjalan ke arah pintu gerbang utama tanpa menoleh ke belakang. Pintu gerbang itu bersalut emas dan sangat besar. Sepasang singa yang diperbuat daripada batu terletak di kedua-dua belah pintu gerbang itu, mata mereka yang berwarna merah dan kedua-duanya memancarkan sebuah aura keganasan. Nama keluarga Zhuge telah diukir di atas pintu gerbang itu dan ianya telah dicat keemasan yang berkilauan, terpancar cantik di bawah matahari.

Chu Qiao berjalan dengan langkah yang pendek dan dia harus memberikan usaha yang lebih untuk memanjat ambang pintu. Sedang dia memanjat pintu gerbang itu, matahari telah dipancar terus ke arahnya dan udara juga terasa lebih segar di luar sana. Setelah itu, kehidupannya yang baru akan bermula. Penghinaan dan keperitan yang telah ditanggungnya selama beberapa hari ini pasti akan diingati sampai bila-bila.

Gadis kecil itu menggigit bibirnya dan menarik nafas yang dalam. Mengangkat kakinya, dia mula untuk melangkah keluar dari penjara reput ini.

Pada masa yang sama, suatu teriakan yang tidak asing baginya kedengaran daripada telaga sehingga ke laman hadapan, diikuti dengan raungan dahsyat seorang kanak-kanak. Pintu gerbang di sisi laman hadapan dibuka luas, dan dentuman kuat sebentuk papan yang mendarat laju di atas kulit kanak-kanak itu telah memenuhi ruangan kediaman.

Para hamba yang melintasi kawasan kejadian itu merenung ke dalam, tertanya-tanya siapakah yang "patut" menerima layanan sebegitu. Chu Qiao yang berdiri di pintu gerbang sangat hampir untuk melepaskan dirinya daripada kawasan kediaman yang kejam dan hina, namun teriakan dan jeritan tanpa henti daripada anak-anak kecil tidak begenti bergema di telinganya.

Keningnya rapat, akhirnya dia berhenti menyeret kakinya untuk bergerak ke hadapan. Chu Qiao berpaling dan berlari sepantas kilat ke kanan.

Takdir sentiasa akan memberi manusia peluang untuk memilih. Satu langkah pun dapat membuat perubahan yang sangat besar.

Zhuge Yue memakai pakaian serba hijau berkualiti terbaik. Terdapat beberapa teratai berwarna hijau yang disulamkan di atas bajunya itu. Rambutnya yang hitam dilepaskan ke belakang. Kulitnya sangat putih, anak matanya hitam kegelapan, dan bibirnya beberapa tona lebih gelap daripada kulitnya. Walaupun dia hanya berumur tiga belas ke empat belas tahun, dia kelihatan dingin dan kejam. Dengan kedua-dua matanya separuh tertutup malas, ia kelihatan seperti tiada apa pun yang layak menerima pandangannya. Dia sedingin salji di puncak Gunung Long Dong pada pertengahan musim sejuk. Dia duduk megah di atas tandu berbantal berwarna emas kemerahan, dengan kedua lengannya di belakang kepalanya. Dua hamba wanita sedang melutut di sisinya, dengan setanggi di atas tangan mereka, kadangkala mengupas laici segar yang telah digegaskan ke mari dari Dinasti Tang dengan kuda-kuda terpantas hanya buat Zhuge Yue.

Hanya dua puluh langkah di hadapannya, seorang kanak-kanak di dalam seragam hamba telah didera sehingga dagingnya terkeluar, tangisannya mula mengurang. Seorang hamba kecil yang berusia tidak lebih daripada tujuh tahun melutut di tepi, bersujud dan memohon kemaafan tanpa henti sehingga dahinya melecet, dan darah mengalir jatuh ke pipi, bercampur dengan tangisan.

Matahari mulai terbit. Bandar Zhen Huang terletak di Tanah Tinggi Hong Chuan, dan walaupun ianya pertengahan musim sejuk, matahari masih memancar tanpa rasa belas kasihan. Zhuge Yue mengangkat pandangannya dan mengerutkan mukanya, dan mengecilkan matanya ke arah cahaya yang terang itu. Melihat hal ini, kedua-dua hamba wanita milik Zhuge Yue kelam-kabut membuka payung mereka untuk menghalang pandangan Zhuge Yue daripada matahari. Zhuge Yue duduk tegak dan melambai ke arah hamba-hambanya yang berada di sebelahnya, duduk bersandar di atas tandu.

Dua orang lelaki berbadan tegap mengheret kaki mereka ke hadapan dan dengan hormatnya mengambil posisi masing masing di hadapan dan belakang tandu Zhuge Yue dan lalu mengangkatnya keluar mengikut pintu di kanan.

Gadis kecil yang sedang bersujud itu melopong terkejut. Dia merangkak ke arah Zhuge Yue dengan tergesa-gesa, menangis sambil menarik-narik baju Zhuge Yue. "Tuan muda ke empat, tolong lepaskan Lin Xi. Dia akan mati kalau tuan terus memukulnya."

Zhuge Yue meraih keningnya dan menurunkan pandangannya, melihat tangan gadis kecil ini yang berwarna berdarah dan kehitaman.

Anak kecil itu tiba-tiba berasa sejuk di sekitar tubuhnya, terbeku mindanya. Dia melihat terdapat lima cap jari berdarah di kasut but berwarna putih milik Zhuge Yue, sungguh jelas.

Dengan satu tendangan, salah seorang pengawal yang sedang mengangkat tandu itu menendang anak kecil itu ke tanah. Dua hamba wanita bergerak ke hadapan dengan pantas dan membersihkan kesan darah yang terdapat di kasutnya. Zhuge Yue merenung gadis kecil itu dan memalingkan pandangannya kembali ke hadapan, kelihatan dingin dan tanpa emosi.

Salah seorang hamba wanita itu berkata dingin, "Potong saja tangan dia."

Gadis kecil itu terduduk lesi di atas tanah, terkejut, dan tangisannya berhenti serta-merta. Seorang pengawal bergegas dengan bengis ke arah anak gadis itu, mengeluarkan pedang dari pinggangnya, dan setelah beberapa saat, darah yang banyak terpancut tanpa henti. Satu tangan kecil telah dipotong!

Teriakan yang memekakkan dapat didengari, menerkejutkan burung hering yang berterbangan di udara itu. Remaja di atas tandu itu duduk senyap dan selesa di atas bantalnya, memejamkan matanya seolah-olah dia tidak melihat mahupun mendengar apa-apa.

Chu Qiao berdiri tercengang di pintu gerbang. Bagaikan dia telah bertukar menjadi batu, langkahnya yang laju tiba-tiba berhenti. Matanya membuntang dan dia menutupi mulutnya dengan ketat. Dia membeku dalam ketakutan.

"Tuan muda keempat, budak ini telah berhenti bernafas."

Zhuge Yue menenung tubuh badan Lin Xi dengan menyeluruh. Menggosok pelipisnya, dia berkata dingin, "Campak dia ke dalam kolam ikan di belakang dan beri makanan kepada ikan-ikan itu."

"Baiklah."

Kedua-dua lelaki berbadan tegap itu mengangkat tandu yang diduduki oleh Zhuge Yue, dan bergerak dengan perlahan. Selalunya semua orang akan duduk melutut apabila seseorang telah meninggal dunia, tidak menaikkan pandangan mereka pun.

"Sekejap," Zhuge Yue tiba-tiba berbisik setelah melalui pintu gerbang kanan. Memalingkan wajahnya, dia merenung ke arah Chu Qiao, yang sedang merenungnya kembali. Dia mengerutkan wajahnya dan berkata, "Kau berkhidmat untuk siapa, hamba? Kenapa kau tak melutut semasa kau jumpa aku?"

Angin pagi bertiup lembut, menerbangkan pasir-pasir yang melekat di permukaan dinding. Cahaya matahari terpancar terang ke arah mata-mata mereka seperti seribu jarum yang tajam. Terdapat beberapa ekor burung putih berterbangan di udara, melebarkan sayap mereka yang putih bak salji. Chu Qiao menarik nafas yang dalam dan menggigit bibirnya, menahan kemarahan dan menelannya ke dalam kerongkong inci demi inci. Dia jatuh melutut dengan pandangannya yang tertumpu pada lantai batu-bata. Dengan suara keanak-anakan, dia berkata pantas, "Yue Er ialah hamba di laman belakang. Semoga tuan muda keempat dapat memaafkan kebodohan hamba. Ini merupakan kali pertama saya melihat Tuan Muda, dan saya fikirkan saya telah bertemu malaikat."

Ekspresi muka Zhuge Yue menjadi tenang. Dia sedar bahawa gadis kecil ini molek dan comel, tetapi tidak terlalu pandai dalam percakapannya. Ini telah menarik perhatian Zhuge Yue dan dia sambung bertanya, "Umur kamu berapa? Dan siapa nama kamu?"

"Tuan muda keempat, Yue Er akan menjadi tujuh tahun pada tahun ini, dan nama keluarga saya ialah Jing."

"Jing Yue Er?" Zhuge Yue menyambung, "Tukar nama kamu dan ikut aku pada masa akan datang. Nama kamu sekarang ialah… Xing Er."

Chu Qiao melutut ke tanah dengan sekelip mata dan berkata dengan kuat, "Xing Er berterima kasih kepada tuan muda keempat."

Zhuge Yue mengalihkan pandangannya. Hamba-hamba berbadan tegap itu kembali mengangkat tandunya dan bergerak ke arah koridor. Mereka lantas menghilang dari pandangan.

Kesudahannya agak riang dan ceria, namun terdapat seorang hamba yang telah meninggal dunia. Para lelaki di dalam keluarga Zhuge sudah biasa dengan perkara ini, berpisah tanpa sebarang kata. Beberapa orang pembersih mengangkat mayat budak lelaki ini dan mencampakkannya ke dalam karung dan mengikatnya. Mereka mengheret karung itu ke dalam tasik di laman belakang itu.

Budak itu masih muda. Tulang-tulang badannya telah ranap dipatahkan, dan darah segar mengalir keluar dari dalam karung. Beberapa titisan darah yang mengalir keluar itu telah meninggalkan satu jejak yang panjang di belakangnya.

Chu Qiao masih melutut di atas tanah, belakangnya menaik ke atas dan ke bawah, dan giginya dikertap kuat pada bibir bawahnya. Tangannya berbentuk penumbuk sambil melihat ke hadapan, karung itu sedang dibawa pergi. Darah yang mengalir keluar dari karung itu tersebar di atas tanah, ditangkap habuk dan kekotoran, setitik air mata Chu Qiao mengalir keluar dan terjatuh ke atas tangannya dengan sebuah percikan kecil.

Kesedihan dan kebencian melonjak dari dalam diri Chu Qiao, tetapi dia sedar dia tidak boleh terus menangis. Dia sedikit pun tidak boleh menunjukkan sebarang rasa benci pada masa ini, lalu dia mengelap mukanya menggunakan belakang tangannya dan berdiri dengan pantas. Di kawasan lapang bersebelahan telaga, Xiao Qi sudah tidak sedarkan diri, dengan darah yang mengalir keluar dari pergelangan tangannya, tetapi tiada siapa yang mengambil kisah.

Chu Qiao dengan pantas mengoyakkan kain bajunya dan menekankan titik akupuntur Xiao Qi, membalut lukanya supaya pendarahan akan berhenti dengan menggunakan teknik terunggulnya. Setelah semuanya selesai, dia mengertap giginya dan meletakkan Xiao Qi di belakangnya, mengongkongnya ke laman belakang.

Sesaat dia meletakkan kakinya ke luar pintu gerbang, sebuah suara dingin tiba-tiba berkata, "Berhenti! Siapa yang beri kebenaran untuk kamu mengangkat dia keluar?"

Chu Qiao mengangkat pandangannya dan melihat bahawa tuan empunya suara ialah Zhu Shun, lelaki yang telah mengurungnya selama tiga hari itu. Dia mengerutkan dahinya dan berkata dengan suara yang tenang, "Tuan muda keempat tidak cakap yang beliau nak bunuh dia ni."

"Tuan juga tak cakap di mana nak letak dia." Zhu Qiao merenung Chu Qiao dan berkata dingin, "membuat andaian tentang apa yang berada di minda tuan kau, kau ni mencari nahas betul. Pengawal, ambil dia!"

Dua orang hamba pengawal pantas bergerak ke hadapan, cuba untuk merentap lengan Chu Qiao. Dia meluru ke belakang apabila cuba mengelak daripada rentapan mereka. Apabila mereka gagal untuk mendapatkan Chu Qiao, beliau mendengus kemarahan. Luka yang baru saja dibalut itu mula berdarah kembali.

"Beraninya kalian datang dekat saya! Saya sedang berkhidmat rapat dengan tuan muda keempat. Awak semua nak mati ke?"

Zhu Shun menyeringai dan mengejek, "Kau tak terima sebarang pengiktirafan pun, tapi kau nak guna ayat macam tu untuk takutkan kami. Aku tak rasa yang tuan muda keempat ingat tentang kewujudan kau pada esok pagi. Berani kau guna benda macam tu untuk takutkan aku?"

Chu Qiao menggaru keningnya. Membawa Xiao Qi bersama, dia bergerak ke belakang seolah-olah dia seekor harimau bintang, mengasah pandangannya sambil memasamkan muka. "Pembantu Zhu, saya ingatkan awak sedang menghantar pesanan daripada Tuanku Maharaja kepada Tuan Muda Huai. Kenapa awak nak mengganggu saya mengenai hal macam nii? Awak kelihatan sangat lapang pada saya."


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C8
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ