Selepas apa yang berlaku lima tahun yang lalu, ada tembok tipis antaranya dengan Lu Jingli. Disebabkan Lu Jingli rasa bersalah, dia selalu takut pada abangnya dan dia tidak pernah bercakap mengenai hal itu.
Sehingga sekarang, demi Ning Xi, perkara itu sekali lagi dibawa berbincang.
Dan sekarang…
Lu Tingxiao memandang adik lelakinya yang bodoh itu. Dia merasakan adiknya itu baik-baik sahaja.
"Bro," Lu Jingli berasa takut melihat pandangan tajam abangnya. "Boleh tak cakap sesuatu? Kamu nampak menakutkan!"
Oh tidak! Habislah! Abangnya mungkin akan membunuhnya kali ni!
Kenapa pandangannya nampak lembut? Adakah ini kali terakhir dia melihat abangnya?
Lu Jingli segera menambah, "Bro, sebenarnya syaa rasa elok jugak kalau Xiao Xi Xi tahu pasal ni. Walaupun dia mungkin benci dan rasa nak bunuh orang tu, tapi bila dia dapat tahu yang orang tu adalah kamu… Semua akan jadi lain… kan Xiao Xi Xi sayang sangat pada kamu!"
Kepada para pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!