"Saya ingat lagi pertama kali saya jumpa dia di dalam bas. Saya tengah haid dan perut saya sakit sangat masa tu. Dia duduk sebelah saya dengan berpakaian pelik dan rambut yang berwarna. Tapi lepas tu dia bangun dan suruh saya duduk di tempatnya."
Qin Mufeng memandang gadis yang sedang mengingati kembali kisah silamnya itu. Tiba-tiba dia berkata, "Cinta; tak tahu dari mana ia datang, tapi kita selalu terjatuh di dalamnya."
Tak guna betul lah! Mo Lingtian ni buta ke?
Selepas Qin Mufeng selesai berbual dengan Ning Tianxin, Ning Xi mengheretnya ke dapur. "Qin Mufeng, jujur dengan saya. Macam mana keadaan Kak Tianxin?"
Qin Mufeng memandangnya dengan tidak berdaya. "Bos, saya dah bagitau banyak kali. Jangan risau. Tianxin nampak je lemah kat luar tapi sebenarnya dalaman dia kuat. Dia sangat tenang! Dia tak akan kemurungan atau bunuh diri!"
"Kamu pasti ke?"
"Percayalah dengan kepakaran saya, okay?"